in

Rombongan Jemaah Haji Warga Emas Dirempuh Kenderaan Tentera Israel

6palestin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah kenderaan tentera Israel telah merempuh sebuah bas yang membawa jemaah haji Palestin di luar Kompleks Pentadbiran Jenin awal pagi Sabtu, mencetuskan panik dalam kalangan penumpang.

Menurut laporan Sinar Harian, insiden berlaku ketika bas berkenaan bersiap untuk bertolak ke Bandar Jericho sebelum menyeberangi sempadan Jambatan Karama menuju Jordan dan seterusnya ke Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji.


Screenshot 2025 06 01 at 11.15.35 AM

Timbalan Gabenor Jenin, Mansour Al-Saadi, mengesahkan kenderaan tentera Israel telah melanggar dengan sengaja bas yang diletakkan di luar kawasan pentadbiran berkenaan.

Bas itu membawa jemaah warga emas Palestin, kebanyakannya terdiri daripada ahli keluarga syuhada dan rakyat yang cedera dalam konflik, termasuk juga individu yang menghidap penyakit kronik”

Walaupun tiada kecederaan fizikal dilaporkan, pelanggaran itu menyebabkan kerosakan pada bas dan mencetuskan tekanan emosi yang besar terhadap para jemaah.

Beberapa saksi dan pegawai tempatan mendakwa pelanggaran itu dilakukan secara sengaja, namun tiada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa Israel setakat ini.

Baca: “Kuasa Allah!” – Terlepas Flight Pergi Haji, Lelaki Libya Tak Sangka Pesawat Patah Balik 2 Kali Sebab Masalah Teknikal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.