Gempar apabila dilaporkan sebuah roket Long March 5B yang dilancarkan oleh China minggu lalu dijangka bakal terhempas ke bumi pada hujung minggu ini.
Roket tersebut telah dilancarkan pada khamis lalu, dilaporkan membawa modul pertama stesen angkasa lepas kekal China.
Bagaimanapun pegawai angkasa lepas China mengatakan bahawa mereka hilang kawalan terhadap roket tersebut
Risau serpihan bersepah ke banyak tempat
Justeru itu, beberapa orang pakar menyatakan kerisauan mereka sekiranya serpihan roket tersebut akan jatuh di kawasan-kawasan penempatan penduduk.
Perkara ini dikuatkan lagi apabila seorang astronomi memberitahu kepada Spacenews bahawa roket tersebut melintasi bumi lebih jauh ke utara dan mendekati beberapa bandar besar seperti New York, Madrid dan Beijing serta bahagian selatan Chile dan Wellington, New Zealand.
Selain itu, serpihan daripada roket seberat 21 tan tersebut dilaporkan boleh jatuh dimana saja dalam lingkungan kawasan terbabit. Roket itu juga dikesan bergerak dengan kelajuan melebihi 6.43 kilometer per saat.
“Petanda tak baik”
Menurut McDowell yang merupakan pekerja di Pusat Astofizik di Universiti Harvard, perkara ini merupakan petanda kurang baik. Tambah pula pada pelancaran sebelum ini, serpihan roket tersebut merosakkan beberapa buah bangunan di Ivory Coast.
“Ini petanda yang tidak baik. Sebelum ini, roket Long March 5B pernah dilancarkan dan akhirnya serpihan kapal angkasa itu jatuh sehingga merosakkan beberapa bangunan di Ivory Coast.
“Meskipun kebanyakan serpihan roket itu sudah terbakar namun batang-batang logam besar jatuh ke atas bangunan itu, nasib baik tiada sesiapa yang cedera,”
Dalam sumber lain, Pentagon memaklumkan roket tersebut dijangka memasuki ruang udara bumi pada 8 Mei ini menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap bahagian pertahanan Mike Howard, lapor CNN.
Harap-harap la tak ada kejadian buruk yang jadi dan semua orang selamat.
Sumber : Utusan Malaysia, CNN, SpaceNews