in

Robert The Doll: Kisah Disebalik Patung Hantu Paling Seram Yang Dikatakan Boleh Bergerak & Mencederakan Orang?

Collage 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang semua mesti pernah tengok cerita patung berhantu macam Chucky atau Annabelle kan? Tapi korang pernah tak dengar cerita mengenai Robert the Doll?

Dikatakan, kisah Chucky dan Annabelle sebenarnya diinspirasikan dari kisah seram Robert the Doll yang kini sudah pun berumur 117 tahun.


Bukan patung biasa

Robert The Doll Florida

Robert bukanlah seperti patung-patung biasa yang korang selalu nampak di kedai atau TV. Ia merupakan patung yang menyerupai manusia bersaiz sebesar kanak-kanak dan memakai pakaian tuannya yang telah pun meninggal dunia.

Lagenda mengatakan, Robert the Doll ni bukan je berhantu malah jahat dan suka membuat kacau dalam hidup orang…

Mispah And Gene Otto 768X421 1

Bila Robert the Doll dibuat?

Ada macam-macam versi cerita tentang asal kewujudan Robert ni. Ada yang kata ia merupakan hadiah yang diberikan kepada tuan asalnya Robert Eugene Otto (Gene) daripada atuknya, namun penduduk tempatan mengatakan patung ini diberikan oleh salah seorang orang gaji Gene sebagai pembalasan atas kesalahan yang pernah dibuat oleh keluarganya.

Namun, selepas disiasat, pegawai di muzium yang menempatkan patung berhantu ini sekarang mengatakan, Robert sebenarnya bukan dibuat untuk dijadikan patung mainan tapi sebagai hiasan tingkap untuk syarikat Steiff Company (syarikat pertama yang membuat teddy bear).

Pun begitu, “kehidupan” Robert hanya bermula selepas dia bertemu dengan Gene Otto.

Hubungan Robert the Doll dan Gene Otto

6350476

Sebelum Robert the Doll menjadi lagenda menyeramkan, dia merupakan kawan baik kepada Gene Otto. Kerana terlalu sayangkan patung ini, Gene telah menamakan patung itu dengan namanya sendiri, pakaikan bajunya dan bawa dia ke mana-mana sahaja.

Hubungan Gene dan Robert menjadi semakin rapat dan Gene sering dilihat bercakap dengan Robert hinggalah satu hari ibu bapa Gene dengar satu suara garau balas balik.

Sumpahan Robert the Doll

50Ab9Fb7Dc586581E4C1D2081A0Ed7D3

Gene terlalu sayangkan Robert hinggakan dia bina sebuah bilik istimewa untuk patungnya ini di loteng lengkap dengan perabot, patung dan teddy bear.

Tak lama kemudian, benda-benda pelik mula berlaku di sekitar rumah keluarga ini. Menurut beberapa sumber, ibu bapa Gene selalu terjaga tengah malam dikejutkan dengan bunyi jeritan Gene yang dikelilingi perabot yang bersepah.

Semakin Gene membesar, keadaan makin menjadi pelik. Banyak patung-patung di rumah tersebut telah dipotong dan bila disoal, Gene akan menyalahkan Robert.

Lepas menyambung pelajaran di Akademi Seni Halus di Chicago, Gene kemudiannya pergi ke Parisian Sorbonne tempat dia bertemu dengan isterinya Anna.

Gene bawa balik patungnya ini pulang ke rumah lamanya di Key West, Florida dan menamakan rumah tersebut “The Artist House.”. Hari ini, rumah tersebut telah menjadi hotel B&B berhantu.

Robert the Doll semakin menyeramkan

Fc208Cc8F7F74Afe107Cc97140E2921E

Selepas tak bawa Robert ke sana-sini, Gene telah menempatkan Robert di sebuah kerusi menghadap tingkap di tingkat atas di mana dia boleh dilihat oleh orang yang lalu-lalang di depan rumah tersebut.

Pernah sekali, tukang paip yang diupah untuk membaiki rumah Gene mengatakan yang dia dengar suara budak gelak walaupun masa tu tak ada orang di rumah.

Bila dia tengok, dia perasan yang Robert telah bergerak dari tingkap kiri ke tingkap kanan sendiri. Tambah lagi, tukang paip ni siap bersumpah yang objek-objek di atas paha Robert telah berpindah ke tempat lain seperti patung ni baling sendiri.

Manakala orang yang sering lalu lalang di rumah tersebut pula cuba untuk elak lalu dari situ kerana dorang cakap patung tu tiba-tiba akan hilang dan muncul di arah lain atau pun akan tenung dorang masa berjalan.

Pelawat yang datang ke Artist House ini turut mendakwa yang dorang dapat dengar bunyi tapak kaki dari loteng dan barang-barang yang sering tukar-tukar tempat.

Ghosts Of East Martello 768X510 1

Robert the Doll Jumpa Myrtle Reuter

Lepas Gene meninggal pada tahun 1974, seorang wanita bernama Myrtle telah membeli Artist House sekali dengan isinya.

Robert tinggal bersama Myrtle selama 20 tahun malah wanita ini siap bawa patung berhantu ni ikut sekali dia pindah ke rumah baru. Tapi kemudiannya, wanita ni mendermakan patung tersebut ke Fort East Martello Museum selepas mendakwa patung ini berhantu.

Muzium ini mengambil patung tersebut dan menganggap dakwaan tentang patung ini adalah karut dan selepas itu, ramai pengunjung beratur untuk tengok sendiri Robert the Doll.

Robert The Doll Letter 768X407 1

Lebih pelik lagi, Robert turut terima berpucuk-pucuk surat.

Dia sering dapat satu ke tiga pucuk surat setiap hari.”

Surat-surat ini bagaimana pun bukanlah surat-surat biasa. Ia merupakan surat meminta maaf kerana tak hormat Robert semasa datang melawat dan ada juga yang minta nasihat atau minta Robert sumpah orang-orang yang buat salah pada dorang.

Tak cukup dengan itu, ramai juga yang mengatakan, kerana dorang tak hormat Robert semasa melawat di muzium, dorang telah terlibat dalam kemalangan, hilang kerja, bercerai, patah tulang dan sebagainya.

Hingga hari ini, pengunjung sering mengadu yang kamera dan peralatan eletronik dorang akan rosak bila datang dekat dengan Robert.

Sumber: ati

 

Baca: “Anabelle ke tu?” – [VIDEO] Seram! Lelaki Sempat Rakam Anak Patung Bergerak Sendiri Dalam Rak Kaca

Screenshot 2020 06 25 At 5.47.04 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.