in

“RM4.50 je?” – Reaksi Uncle Ini Kena Saman Buat Ramai Terhibur

saman rm4.50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya yang kita lihat di media sosial, individu yang dikenakan saman akan memberi reaksi dingin kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa.

Tapi, lain pula dengan kisah uncle ini apabila dia memberikan reaksi berbeza ketika dikenakan saman.


Menerusi video tular yang dikongsikan di Facebook, seorang penunggang motosikal telah ditahan dua anggota polis trafik atas kesalahan yang dilakukan.

Artikel berkaitan: Tular Video Maki Hamun Polis Sebab Berang Disaman, Lelaki Mengaku Tak Bersalah

Artikel berkaitan: ”Moto tu nk pegi mana?” – Netizen Terhibur Tengok Moto Lari Ikut Tuan Lepas Kena Tahan JPJ

Namun, ketika uncle itu melihat kertas saman yang diberikan kepadanya, dia terus memberikan reaksi seolah-olah saman yang dikenakan itu sangat murah.

“Apa ini RM4.50 je?” selorohnya sambil mengucapkan terima kasih kepada anggota polis trafik.

Dua anggota polis trafik yang berada di situ tergelak kecil dengan gurauan yang diberikan uncle tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, netizen turut terhibur dan tertanya-tanya apakah saman yang dikenakan terhadap uncle itu. Ada yang mendakwa mungkin saman kerana tidak memakai topi keledar berdasarkan video tersebut.

Bagaimanapun, netizen mendakwa uncle itu tersilap baca dan kemungkinan ia bukanlah saman sebanyak RM4.50 tetapi waktu saman yang dikenakan.

Screenshot 2025 05 07 170642 Screenshot 2025 05 07 170709 Screenshot 2025 05 07 170722 Screenshot 2025 05 07 170811

Dalam pada itu, netizen juga memuji tindakannya yang masih beradab dengan mengucapkan terima kasih walaupun telah disaman.

Yang penting uncle tetap chill…

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.