in

‘River Red’ Bukan Satu Kod Rahsia, Saya Selamat Di Rumah – Britney Spears

Britney Spears

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka, tindakan Britney Spears menukar nama kepada ‘River Red’ sebelum memadam Instagram peribadinya mencetuskan panik dalam kalangan peminat.

Sebelum ini, Britney telah memuat naik sebuah video sambil berkata, “Saya telah mengubah nama kepada River Red!” Tidak lama kemudian, penyanyi itu telah bertindak memadam akaun Instagramnya.


Rentetan peristiwa ini, peminat menyangka ‘River Red’ merupakan satu kod rahsia yang menandakan Britney dalam bahaya!

Tetapi, sebenarnya tidak ada apa pun yang berlaku pada bintang sensasi ini.

Menurut ciapannya di Twitter, Britney merayu agar semua peminat menghormati privasi dirinya.

“Saya amat menghormati semua peminat saya. Namun, kali ini, perkara ini telah dibawa terlalu jauh. Saya rasa privasi diri saya telah diceroboh.”

“Polis telah datang ke rumah saya. Namun, mereka tidak masuk ke dalam kerana mendapati tidak ada apa yang berlaku di kediaman saya.”

Britney meminta agar semua peminatnya bertenang dan tidak terlalu cepat mengandaikan perkara yang bukan-bukan.

Britney Spears

Menurut peminat, dua minggu lalu, Britney dan suaminya Sam Asghari telah menghabiskan masa di sebuah restoran berdekatan dengan kediaman mereka.

Namun, Britney telah menjadi ‘gila’ dan ‘mula bercakap perkara yang bukan-bukan’ sehinggakan suaminya bangun lantas beredar dari restoran tersebut.

Ramai yang beranggapan bahawa peristiwa ini yang mencetuskan tindakan tidak rasional Britney.

Sebenarnya, apa yang berlaku ya?

BACA: Saya hidup dalam kepura-puraan – Britney Spears Dipaksa Guna Alat Pencegah Kehamilan, Mahu Hidup Bebas Tanpa Dikawal Ayah

Britney Free Britney E1674892819448

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.