Bagi mereka yang berada di Semenanjung Malaysia, kebelakangan ini banyak tempat yang dilanda hujan lebat serta ribut petir, malah di beberapa kawasan terdapat juga banjir kilat yang menyebabkan beberapa jalan sesak.
Menurut laporan Kosmo!, cuaca buruk ini akan berlanjutan sehingga hari Khamis berdasarkan kenyataan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), yang meramalkan hujan serta ribut petir di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.
“Pada masa sama, Sarawak dijangka berlaku ribut petir di satu dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.
“Selain itu di Sabah pula, ribut petir diramal berlaku di pedalaman dan pantai barat selain Sandakan dan Kudat. Malah hujan turut dilaporkan di satu dua tempat di Tawau,” tulisnya.
Malam ini, MetMalaysia meramalkan ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang serta hujan di Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor.
Beberapa kawasan di Sabah (Tawau dan Sandakan) akan mengalami ribut petir pada malam ini serta hujan di beberapa tempat di Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang).
Take care guys!
Baca: Cuaca Terlalu Panas, Syarikat Ini Jual Aircond Mini Yang Boleh Dipakai Dalam Baju