Bagi korang yang minat dengan rancangan memasak luar negara seperti MasterChef dan Hell’s Kitchen, korang mesti kenal dengan chef terkemuka, Gordon Ramsay kan?
Berita baik bagi peminat chef ini, Gordon Ramsay Bar & Grill dilaporkan akan mula dibuka pada Sabtu ini (18 Jun 2022) di Sunway Resort, Petaling Jaya! Wuhooo!
Bakal hidang menu terkenal Gordon
Restoran ini merupakan restoran pertama yang dibuka diluar UK dan interior restorannya juga dikatakan agak classy dengan memaparkan portrait monokrom ikon British terkenal seperti ahli kumpulan The Rolling Stones, Mick Jagger, pelakon watak Bond 007, Sean Connery dan ramai lagi.
Gordon Ramsay Bar & Grill will finally open this Saturday, 18 June 2022 @ Sunway Resort! 😍😍😍 pic.twitter.com/tWOHoNkrTv
— Ngidam (@ngidamMY) June 14, 2022
Lebih menarik lagi, menu klasik seperti Beef Wellington Gordon Ramsay yang terkenal itu bakal dihidangkan di restoran ini!
“Halal ke?” – Netizen
Meskipun restoran ini menarik perhatian ramai untuk mengunjunginnya, ada di kalangan netizen masih ragu-ragu akan status ke’halal’an restoran ini.
Ramai di antaranya bertanya sama ada ia mempunyai sijil halal ataupun tidak dan jawapannya, tidak, Gordon Ramsay Bar & Grill tidak menerima sijil halal dari JAKIM.
Walau bagaimanapun, ada netizen menjelaskan bahawa restoran ini tidak menyediakan makanan berasaskan khinzir (no pork / no lard).
No Pork / No Lard.
For reservation,contact: gordonramsay.rsvp@sunwayhotels.com or call +603 7492 8000 (earliest availability is Sept/Oct 2022).
Dresscode might apply – please call to enquire.
Opening hours: 6pm – 1030pm daily. https://t.co/7NTDetXSm6
— CikTeh® (@CikTeh5) June 16, 2022
Menurut portal HHWT, kesemua bahan masakan dan daging yang digunakan restoran ini adalah daripada supplier makanan yang halal. Namun bagi restoran yang menghidangkan minuman alkohol, tidak akan mendapat sijil halal daripada JAKIM.
Jadi tepuk dada tanya selera, terpulanglah kepada korang nak pergi ke tak kan. Best jugak kalau jumpa Gordon Ramsay kalau dia ada kan?
Baca: “Nak masak hebat macam Gordon Ramsay tapi…” – 5 Bahan Boleh Jadi Pengganti Alkohol Dalam Masakan!