Kalau masa tengah drive atas jalan ataupun dalam jammed, korang pernah tak nampak orang buang sampah dari dalam kereta dekat atas jalan raya sesuka hati? Kalau pernah nampak mesti rasa geram kan!
Baru-baru ni, tular di laman Twitter sebuah video berdurasi 25 saat yang menunjukkan seorang lelaki melakukan tindakan berani dengan keluar dari keretanya hanya untuk mengambil sampah yang dibuang secara merata oleh sebuah kereta lain dan mengembalikan sampah itu ke kereta tersebut.
https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1196423608068784128?s=20
Video tersebut dirakam dengan menggunakan dashcam lelaki tersebut.
Kejadian itu bermula apabila penumpang kereta berwarna hitam yang berada di bahagian hadapannya telah membuka tingkap sebelum membuang plastik yang berkemungkinan snack yang habis dimakan.
![bs 1](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/11/bs-1-300x137.jpg)
Pada waktu itu juga kenderaan di bahagiannya sedang berhenti dipercayai dalam situasi jammed.
Tanpa membuang masa, lelaki berkenaan terus keluar dari keretanya dan menuju ke kereta berwarna hitam tersebut sebelum mengambil sampah yang dibuang keluar kereta dan kemudiannya meletakkan sampah tersebut di bahagian cermin hadapan kereta itu.
![bs 3](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/11/bs-3-300x137.jpg)
Lelaki itu kemudiannya kembali semula ke keretanya. Alhamdulillah, nasib baik takda pergaduhan.
Video yang telah tular ini mendapat 10 ribu retweet dan hampir 6 ribu like di laman Twitter.
Tindakan berani lelaki ini mendapat pujian daripada netizen yang menganggap perbuatan individu membuang sampah dari dalam kereta ke jalan raya adalah tidak beretika.
![1 4](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/11/1-4-300x288.jpg)
![2 4](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/11/2-4-300x279.jpg)
Admin pun salute lah dekat brader ni. Memang cool habis tindakan dia. Nasib baik takda gaduh-gaduh. Semoga video ni jadi pengajaran dekat orang yang suka buang sampah dari dalam kereta merata!