in

“Renoma pun renomalah…” – Bekas Wartawan Kongsi Kisah Lawak, Suspek Sanggup Tutup Muka Dengan Spender Sebab Tak Mahu Dirakam Media!

Renoma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang berkerja di bahagian media ataupun sering ke mahkamah, korang mesti pernah ternampak situasi penjenayah atau suspek utama kes yang bertungkus lumus cuba menutup mukanya daripada dirakam kamera wartawan.

Ada yang pakai mask, ada pulak tutup muka dengan baju tapi yang paling ‘pelik’ admin pernah dengar ni… tutup muka pakai spender! Adoyai…  


 

“Bila abam ingat balik, boleh tergelak sendiri”

Menerusi perkongsian bekas wartawan Syahril A. Kadir di Facebook, dia telah menceritakan pengalamannya semasa menjadi editor di Meja Jenayah sebuah surat khabar terkenal.

“Sepanjang jadi editor di Meja Jenayah, ada satu kes SPRM yang bila abam ingat balik, boleh tergelak sendiri. Ia berlaku kira-kira lima tahun lepas. 

“Kes ni melibatkan pegawai2 Kastam yang direman bagi membantu siasatan berhubung barang seludup yang tak diisytiharkan cukai.

“Kes di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

“Punyalah nak lari daripada wajah mereka dirakamkan, mereka sanggup sarungkan muka dengan spender masing-masing, adoyyyyyyy haru sungguhlaaaaaa!”

67802296 10157422356543050 5173151966158651392 N
sumber: facebook

Udahlah terpampang jelas jenama Renoma pulak tu. Alamak ai malu! 

 

“Kalau tak tutup dengan spender pun takpe, media tidak akan sama sekali dedah muka suspek sebab…” 

Pun begitu kata Syahril, suspek yang direman semua ini sepatutnya tak perlu takut pun wajah mereka dirakam media sampai terdesak nak kena tutup dengan spender. Media takkan paparkan wajah mereka selagi mereka dalam status reman.

“Sebenarnya kalau mereka tak tutup dengan spender pun takpe, media tidak akan sama sekali mendedahkan wajah suspek yang berstatus reman, itu polisi yang kami pegang sejak dulu.

“Tapi yelah, dah gabra punya pasal…Renoma pun Renomalahhh!!!”

Giphy 1

 

“Konfem bau kepam!” 

Netizen yang membaca posting ini rata-ratanya pecah perut melihat gelagat suspek di mahkamah tersebut. Terhibur pagi-pagi ni ye korang.

Kepam
sumber: facebook

Apa-apapun anggap ni sebagai pengajaran lah buat semua. Kalau tak mahu muka masuk media sebab benda tak elok, haa janganlah berani buat jenayah ye! 

Baca: “Stylo jugak tuan kita ni, cair akak reporter” – OCPD Urus Kes Nur Aisyah Aleya Dapat Perhatian, Tabik Spring Muda-muda Berjawatan Tinggi!

Styo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.