in

Remaja Di PUSPEN Kongsi Kisah Guna Duit Upah Panjat Pokok Kelapa Untuk Beli Pil Kud*

syaz ft 2025 07 24T155427.546

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tersilap langkah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, seperti video yang tular baru-baru ini di mana seorang remaja yang berada di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), Kota Bharu, Kelantan berkongsi titik hitam hidupnya yang terjebak dengan dadah jenis pil kuda.

Difahamkan, remaja itu masih berada di sekolah menengah namun disebabkan terjebak dengan pil kuda, dia tidak dapat pergi ke sekolah.


Artikel berkaitan: Insiden Bot Terbalik Di Pulau Perhentian, Pemandu Positif Dadah Direman 3 Hari

Artikel berkaitan: Lelaki Ketagih Dadah Hisap Pil Kuda Depan Anak-anak di Kota Bharu

Kerana tidak bersekolah, remaja itu bekerja sebagai tukang panjat pokok kelapa. Menurutnya, dia lebih bersemangat untuk bekerja selepas menggunakan dadah itu.

@puspen.kota.bharu

POV : Duit Upah Panjat Pokok Kelapa Licin Angkara Pil Kuda #kereta #ketagihan @aadktv @AGENSI ANTIDADAH MALAYSIA @Agensi Antidadah Kebangsaan @Ceo_AntiDrug KualaKrai

♬ Epic News – DM Production

Dalam video yang dimuat naik oleh PUSPEN Kota Bharu itu, remaja tersebut menceritakan ciri-ciri pil kuda itu selain memberitahu yang abang sulungnya juga terjebak dengan pil kuda.

Dalam temubual sama, remaja itu mengaku dia menangis ketika pertama kali masuk ke PUSPEN kerana teringatkan adiknya yang masih kecil di rumah.

Remaja itu turut berkata dia tidak mahu melakukan perkara itu lagi dan ingin menjaga kelakuannya di PUSPEN agar tidak dikenakan hukuman yang lebih lama.

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.