Sebagai seorang anak, kita seharusnya menjaga dan menghormati ibu bapa, namun apa yang remaja berusia 19 tahun ini lakukan kepada ibunya sangat mengejutkan.
Lelaki bernama Jiang berasal dari Taiwan itu telah ditahan polis kerana memaksa ibunya yang berusia 40 tahun untuk melakukan seks dengannya. Gila!
Menurut World of Buzz, ibu bapa Jiang telah bercerai ketika dia masih kecil dan dia telah dipaksa untuk tinggal di rumah anak yatim sejak kecil lagi. Jiang menghabiskan masanya di rumah itu selama 16 tahun sebelum dibenarkan keluar untuk mencari pekerjaan. Pada ketika itulah, ibu kandungnya itu kembali mencarinya semula.
Difahamkan ibunya mahu tinggal bersama kerana wanita itu tidak bekerja dan memerlukan anak lelakinya itu untuk menyara perbelanjaan hariannya. Jiang kemudian pindah keluar dari rumah anak yatim tersebut untuk tinggal bersama ibunya di New Taipei City.
Disebabkan ibunya tidak mempunyai kerja, Jiang tidak menyambung pelajaran selepas tamat sekolah tinggi untuk mencari kerja sepenuh masa supaya dapat menampung perbelanjaan mereka berdua.
Bagaimanapun, ketika anak muda itu berusia 18 tahun, dia dikatakan sudah mula ‘bernafsu dan tergoda melihat ibunya’ yang kelihatan muda seperti remaja di usia 20-an.
Menurut Jiang, dia tidak tinggal dengan ibunya dalam tempoh yang lama dan masih tidak dapat merasakan ikatan kekeluargaan di antara mereka jadi padanya ia tidak salah jika dia terpikat dengan wanita itu.
Disebabkan itu, dia telah memaksa ibunya untuk mengadakan hubungan seksual dengannya, sehinggalah tahun lalu di mana ibunya tidak dapat menahan lagi lalu membuat laporan polis.
Jiang didakwa memaksa wanita itu melakukan hubungan seks dengannya sebanyak empat kali dan mengugut untuk menyekat semua sokongan kewangan jika tidak mematuhinya.
Ibunya dipaksa untuk patuh kepada semua permintaannya memandangkan dia tiada pilihan kerana masih memerlukan wang untuk perbelanjaan. Jiang dilaporkan melarikan diri apabila mendapat tahu tentang laporan polis yang dibuat ibunya itu namun akhirnya berjaya ditangkap.
Apabila disoal, dia mempertahankan dirinya dengan berkata,
“Ibu saya yang menggoda saya! Dia sering berpakaian menjolok mata dan menggoda di rumah, saya tidak dapat tahan nafsu saya!”
Pihak polis berkata mereka akan terus menyiasat memandangkan cerita yang didengari dari kedua-dua pihak berbeza.
Kes macam ni memang luar biasa, harap pihak berkuasa dapat ambil tindakan sewajarnya.
Baca: Wanita Lakukan Hubungan Seks Bersama Bapa Supaya Dia Tidak Berkahwin Dengan Tunangnya