in

Remaja 17 Tahun Ma*t Ditangan Rakan, Punca Bergaduh Disebabkan iPhone 11

8iphone

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, Navjot Singh, ditemui maut dalam keadaan menyayat hati selepas dipercayai dibunuh oleh rakannya sendiri susulan pertikaian berkaitan sebuah telefon pintar iPhone 11.

Screenshot 2025 04 06 at 1.25.09 PM
Gambar Hiasan

Menurut laporan Astro Awani, kejadian tragis itu berlaku sehari selepas ulang tahun kelahiran Navjot, pada 25 Mac lalu. Mangsa sebelum itu memaklumkan kepada ibu bapanya bahawa dia akan pergi ke Haridwar bersama rakan-rakannya, namun kemudian menghubungi semula menyatakan hasratnya untuk pulang ke rumah.


Bagaimanapun, pada malam yang sama, pihak polis menerima laporan mengenai penemuan mayat remaja di sebuah stesen kereta api. Pemeriksaan mendapati mayat tersebut mengalami kecederaan parah termasuk perut yang terputus serta kesan tikaman di bahagian dada. Pada awalnya, identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti.

Hasil siasatan polis membawa kepada penangkapan seorang rakan rapat Navjot yang disyaki sebagai dalang pembunuhan. Suspek turut dirakam memiliki telefon iPhone 11 milik mangsa yang menjadi motif utama kejadian.

Screenshot 2025 04 06 at 1.25.32 PM

Lebih mengejutkan, seorang lagi rakan lelaki yang turut berada di lokasi kejadian mendedahkan bahawa suspek telah memberinya wang sebanyak 1,000 Rupee (bersamaan kira-kira RM52) untuk membantu menyembunyikan mayat mangsa di atas landasan kereta api.

Suspek kini telah ditahan dan dibawa ke Lembaga Keadilan Juvenil untuk tindakan lanjut, manakala siasatan polis terhadap kes ini masih diteruskan.

 

Baca: Buat Pinjaman Beli iPhone Guna MyKad Orang Lain, Suspek Ditahan JPN

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.