in

Remaja 16 Tahun Hilang Ketika Mendaki Bukit Broga Ditemui Maut, Ini Kronologinya…

Remaja Maut Di Bukit Broga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aktiviti pendakian di Bukit Broga seorang remaja lelaki berusia 16 tahun berakhir tragedi apabila ditemui meninggal dunia selepas dilaporkan hilang dalam tempoh 24 jam.

Remaja yang dikenali sebagai Adi Putra Affendi yang juga penghuni rumah kebajikan dikatakan menjalankan aktiviti riadah bersama penjaganya dan dua rakan lagi yang berumur 13 tahun.


Goqcwpfb0Aez2Jn

Artikel berkaitan: “Tak fit jgn hiking” – Gadis Kongsi Pengalaman Hiking di Bohey Dulang, Trauma Lihat Mayat Diusung Turun 

Berikut merupakan kronologi kejadian:

1. Mangsa bersama penjaga yang dipanggil Walid serta dua rakan dikenali sebagai Fizo dan Qayyum memulakan pendakian pada jam 8 pagi Isnin dan sampai ke Puncak 3 Bukit Broga pada jam 10.10 pagi.

2. Pada jam 10.30 pagi, mangsa dan kumpulannya mula bergerak turun dan Walid dikatakan berjalan agak jauh dengan mereka kerana mengalami kecederaan di kaki.

3. Sekitar jam 11.15 pagi, mangsa menyedari Walid ketinggalan dan mangsa dan dua rakan memutuskan untuk mendaki semula mencari penjaganya itu. Dua rakan melihat Walid turun melalui trek lain dan tidak dapat memanggil mangsa kerana jarak yang jauh.

4. Sekitar jam 12.30 tengah hari, Walid dan 10 minit kemudian, Fizo dan Qayyum tiba di kaki bukit namun mangsa tidak dapat dikesan sehinggalah pihak berkuasa dimaklumkan.

5. Pusat Gerakan Operasi Selangor menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 berkaitan kejadian mangsa sesat di Bukit Broga pada jam 4.08 petang.

Goqcx9Rasaawxlg

6. Operasi pencarian pada hari pertama ditangguhkan jam 2.30 pagi selepas gagal menemui mangsa sebelum diteruskan semula pagi Selasa.

7. Pasukan penyelamat kemudian menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai terjatuh gaung pada kedalaman 10 meter di lokasi kira-kira 100 meter dari pintu gerbang Bukit Broga pada jam 2.50 petang Selasa.

Menurut pihak bomba, mangsa berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat pada jam 3 petang. Mayat remaja itu dibawa ke Hospital Kajang untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.