in

Remaja 15 Tahun Terjerat Hutang Ah Long RM13K Sebab Nak Penuhi Mengidam GF Makan Siakap 3 Rasa

Remaja Hutang Ah Long Gf Mengidam Siakap 3 Rasa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang remaja berusia 15 tahun kini terjerat dengan pinjaman Ah Long apabila dia berhutang sebanyak RM13,000.

Memetik laporan NST, remaja lelaki itu sanggup membuat pinjaman along semata-mata hendak memenuhi kehendak teman wanita yang ingin memakan hidangan ikan siakap tiga rasa asalkan rahsia dia tiada duit tidak diketahui kekasihnya.


Perkara itu didedahkan oleh Pusat Pengajian Fardu Ain dan Al-Quran, Darul Muttaqim (DM) yang mana siasatan mendapati remaja dari Selangor itu telah berhutang dengan 12 orang Ah Long.

Artikel berkaitan: Simbah Cat Dekat Salah Rumah, Ah Long Suruh Penghutang Asal Bayar Ganti Rugi

Artikel berkaitan: “14 tahun baru tapi banyaknya duit” – Terpedaya Degan Love Scam, Remaja Lelaki Tanggung Rugi Hampir RM300,000

Menurut Pengurus Pusat Pengajian Fardu Ain dan Al-Quran DM, Fariz Izhar Adrus, remaja terbabit telah meminta bantuan dari pihak mereka dan perkara berkenaan dimaklumkan kepada ibu bapanya.

Screenshot 2024 11 18 152546

“Remaja itu terjumpa iklan di TikTok untuk pinjaman Ah Long selepas teman wanitanya mengidam ikan siakap.

“Mungkin dia terlalu malu (meminjam wang daripada ibu bapanya), dan akhirnya, dia meminjam daripada Ah Long.

“Ibu bapa remaja itu adalah penjawat awam. Bagaimanapun, dia kini tinggal bersama bapa saudaranya, kerana tidak mahu bersekolah lagi,” katanya.

Tambahnya, remaja terbabit antara lebih 3,700 kes membabitkan individu berusia 15 hingga 60 tahun yang menghadapi masalah dengan pinjaman tidak berlesen, yang diselesaikan dalam tempoh tiga tahun lepas.

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.