in

“Refund my money!” – Chef Wan Bengang Ditipu Pereka Landskap, Jumlah Anak Pokok Tak Sama Dengan Harga

Chef Wan Ditipu Pereka Landskap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut saja nama Chef Wan, korang pasti sudah familiar dengan sikap peramahnya dan ketegasan chef selebriti ini dalam berkata-kata.

Malah kalau korang menjengah ke Instagram, Chef Wan juga dilihat lantang dalam berkata-kata dan kerap kali menegur anak-anaknya sendiri di ruang tersebut.


 

Kena tipu dengan pereka landskap? 

Pun begitu, baru-baru ini, Instagram Chef Wan telah dipenuhi dengan luahan rasa tidak puas hatinya apabila mendakwa telah ditipu oleh seorang pereka landskap.

Menurut Chef Wan, syarikat landskap yang dipertanggungjawabkan untuk menanam pokok di laman rumahnya telah menipu tentang jumlah anak pokok yang telah ditanam.

https://www.instagram.com/p/Cd4415jIYQR/

https://www.instagram.com/p/Cd46ihAI9Tl/

 

Chef Wan kira satu-satu pokok di taman

Menurut Chef Wan juga, pereka landskap itu telah mencaj double daripada jumlah pokok yang ditanam.

Disebabkan dia seorang yang sibuk, Chef Wan menganggap pereka landskap itu menyangka dia tidak akan mengaudit pokok-pokok yang ditanam di lamannya.

Lepas saya nampak dia ambil 300 pokok balik ke pejabatnya dan dia sendiri mengakui perkara itu di hadapan semua pekerjanya, fikiran saya mengatakan…

“Jangan bayar dia baki bayaran. Chef Wan akan kira kesemua pokok-pokok itu secara fizikal,” tulisnya.

https://www.instagram.com/p/Cd490kyoqoz/

Selepas selesai pengiraan, didapati memang banyak pokok yang kurang ditanam daripada apa yang dijanjikan di dalam proposal. Korang boleh tengok video di bawah.

https://www.instagram.com/p/Cd5Dxnno5kt/

 

Pulangkan wang semula atau akan dilaporkan kepada polis

Menerusi posting yang terbaru, Chef Wan meluahkan rasa kecewanya ditipu pereka landskap tersebut yang dianggap sangat licik dalam penipuan.

Tambah Chef Wan lagi, pereka landskap itu juga dianggap tamak kerana mencaj nilai yang tinggi dan tidak sepatutnya.

Sekarang saya nak awak beri semula invois yang baru akan harga sebenar pokok-pokok tersebut, termasuklah pengurangan caj dalam mengecat Pergola dan pelarasan bagi pokok yang sudah awak keluarkan dari roof top garden dan pintu masuk. 

“Kembalikan semua wang saya ‘dalam tempoh 5 hari’ atau saya akan membuat laporan polis bersama peguam untuk menyaman awak kerana mengakibatkan stress dan rasa malu yang telah awak lakukan,” luah Chef Wan lagi.

Cehf Wan

Posting berkenaan telah mendapat pelbagai komen netizen yang simpati dengan nasib Chef Wan dan berharap isu ini dapatlah diselesaikan dengan baik sekali.

Apa-apapun perkongsian ini juga sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada orang ramai untuk tidak sambil lewa apabila membuat renovation rumah dan periksa segala detail sebaik mungkin kerana bimbang kita ditipu dengan amaun yang tak sepatutnya.

Baca: “Abang bukan jenis gila duit” – Chef Wan Dedah Aliff Syukri Pernah ‘Ajar’ Untuk Viralkan Diri

Chef Wan 1

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.