Hari ini, kita dikejutkan dengan pemergian Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Isma (MUIS), Ustaz Mohd Soberi Awang yang disahkan meninggal dunia selepas rebah ketika menyampaikan kuliah Subuh di Surau Al Ittihadiyyah, Seksyen 9, Shah Alam.
Ustaz Dr Soberi Awang, Pensyarah USIM dan juga Perunding Aman Palestin, meninggal dunia ketika menyampaikan Kuliah Subuh pagi tadi di Shah Alam.
Almarhum merupakan seorang alim yang gigih berdakwah dan memperjuangkan isu Palestin hingga ke hujung hayat.
إنا لله وإنا إليه راجعون pic.twitter.com/oKUWZKrlmH
— Nu’man ???? (@numanmazlan) July 30, 2023
Ustaz Mohd Soberi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital pada pukul 7.55 pagi. Berita tersebut juga telah diumumkan sendiri oleh menantunya, Mus’ab Umairi di laman Facebook.
“Hari ini ayah mentua saya, almarhum Ustaz Dr Soberi Awang telah kembali kepada penciptanya. Subuh kami di Cairo dibasahi air mata rindu.
“Al-hamdulillah atas nikmat bersama baba walau cuma sekejap, banyak Umai belajar daripada baba. Moga ALLAH tempatkan baba bersama para syuhada dan solehin,” katanya.
Sementara itu, sahabat baik Ustaz Mohd Soberi, Ustaz Muhammad Fauzi juga telah memuatkan kata-kata terakhir buat beliau di laman Facebook.

“Amat menguasai furu’ fiqh tetapi amat warak dalam menyatakan pandangannya terhadap sesuatu hukum.
“Diamanahkan sebelum ini sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Ulama ISMA. Bersama-sama dalam membangunkan institusi tersebut dari kosong.
“Menggunakan kelebihannya di dalam perhubungan dengan ramai ulama alam Islami dan nusantara untuk meluaskan jaringan kerjasama antara ISMA dan badan-badan lain.
“Moga Allah menerima segala amal beliau, mengampunkan dosa-dosanya dan memberikannya nikmat di alam barzakh,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Baca: Harap boleh hentikan isu ini – Janna Nick Mohon Maaf Kepada Ustaz Wadi