Seperti yang kita sedia maklum, doktor merupakan salah satu pekerjaan yang sememangnya sentiasa sibuk. Tugasan sebagai doktor juga memerlukan mereka untuk berkorban dari segi masa dan tenaga untuk merawat pesakit. Salutelah dekat doktor-doktor ni!
Sesetengah daripada mereka sangat sibuk sehingga tidak boleh meluangkan masa yang banyak dengan keluarga dan anak-anak kerana lebih mementingkan tugas. Ada doktor yang sampai tak pulang beraya di kampung kerana terpaksa ‘on call’ di bilik kecemasan.
Boleh dikatakan yang doktor adalah pekerjaan yang sangat mulia. Mana taknya bila sakit je, doktorlah yang akan periksa keadaan kita dan merawat kita dengan sebaiknya. Pada bulan puasa ni, jadi cabaran besar buat mereka untuk kekal fokus dengan tugas walaupun sedang berpuasa.
Baru-baru ni, seorang doktor @drnikritzakosai telah memuatnaik satu video di TikToknya berkongsi tentang situasi beliau berbuka puasa dalam bilik pembedahan.
@drnikritzakosai Salam Ramadhan . Today operating beyond iftar. sunat menyegerakan berbuka puasa ( sunat to breakfast without delay)
Menurut doktor pakar bedah obesiti dan metabolik ini, beliau menyatakan di caption video TikToknya yang pembedahan masih diteruskan walaupun selepas berbuka dan turut menambah bahawa sunat menyegerakan berbuka puasa.
Dalam video tersebut, doktor-doktor ini sempat berbuka puasa dengan sebiji tamar yang disuapkan oleh pembantu doktor mereka. Lepas selesai menyuapkan tamar, pembantu doktor ni tutup balik mask yang dipakai doktor. Wah, macam tu ya cara mereka berbuka!
Menerusi ruangan komen, ramai netizen yang kagum dan terharu dengan pengorbanan beliau. Ada netizen yang menyatakan bahawa mereka sangat berterima kasih dengan servis doktor yang sentiasa mengutamakan pesakit walaupun dalam bulan Ramadan.
“Kerja yg mulia?Allah SWT membalas jasa baik kalian” – Komen netizen
“Thank you for your service♥️” – Komen netizen
Ramai juga netizen yang mendoakan semoga doktor ini sentiasa dilindungi dan diberkati Allah. Tak kurang juga netizen yang menganggap doktor adalah hero yang sebenar.
Memang salutelah dengan pengorbanan doktor-doktor ni! Terharu min!
Baca: “Kurangkan haus” – [VIDEO] Doktor Share Kebaikan Chia Seed Yang Ramai Belum Tahu