in

Rayuan Ikat Jamin Penyanyi ‘Bey Soba Bey’ Ditolak Oleh Mahkamah Thailand

syaz ft 2025 01 20T131355.338

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Permohonan ikat jamin penyanyi Bey Soba Bey, Eda Ezrin serta lima rakyat Malaysia yang kini ditahan di Thailand ditolak oleh mahkamah di Narathiwat.

Menurut jurucakap polis Thailand, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda akan kekal dalam penjara sehingga perbicaraannya berakhir, penyanyi itu telah ditahan kerana memiliki 6,059 pil Yaba (pil kida) bersama lima individu lain.


Artikel berkaitan: “Mereka nyanyi bersama” –  Penyanyi ‘Bey Soba Bey’ Sudah Ada ‘Fan Club’ Di Penjara Narathiwat

Artikel berkaitan: Penjara Narathiwat Nafi 6 Tahanan Warga Malaysia Dilayan Dengan Kejam

EDA PORTAL

“Penyanyi itu serta lima rakyat Malaysia yang lain telah merayu kepada mahkamah untuk membebaskan mereka dengan ikat jamin.

Pun begitu, di bawah undang-undang dadah Thailand, sesiapa yang ditangkap dengan lebih daripada 200 pil Yaba tidak boleh dibebaskan dengan ikat jamin sementara perbicaraan mahkamah mereka masih berjalan,” kata jurucakap itu.

Katanya lagi, undang-undang Thailand menetapkan sesiapa yang didapati bersalah memiliki dadah berdepan hukuman penjara 10 ke 15 tahun serta denda sebanyak 200,000 baht ( RM 26,167).

Sebagai info, pada 14 Januari tahun lepas, Eda Ezrin serta lima individu lain didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas pertuduhan memiliki 6,059 pil Yaba dan pengambilan dadah di pekan Sungai Golok.

Sumber: New Straits Times

Sumber: TV Pertiwi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.