in

“Raya tahun ni kita all out”- Hias Lampu Lip Lap Dekat Kereta, Gelagat Wanita Ini Bikin Ramai Terhibur

Lampu Lip Lap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pejam celik, pejam celik, dah nak hampir seminggu kita berpuasa. Apabila tibanya bulan Ramadan, mesti ramai yang dah mula buat persiapan menghias rumah seperti pasang lampu lip lap sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pula kan. Awal la bagus sebab tak kalut. 

Namun, lain pula buat seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai kaksuemeow ini kerana dia telah menghias lampu lip lap yang sering dipasang di kawasan luar rumah pada bahagian luar keretanya.


Lain daripada yang lain ni!

Lampu Lip Lap

Idea kreatif Kak Sue Meow ini telah menjadi perhatian ramai sehingga video TikToknya itu telah ditonton lebih sejuta kali di TikTok.

@kaksuemeow

Kalau kereta mcm ni baju kene menyala jugak ke eh? ??? btw 6 jam tau buat ni huhukeretakaksue keretarayakaksue

♬ Suasana Hari Raya (Acoustic) – Cempaka Remic

Artikel Berkaitan: ”Sporting betul semua” – Keluarga Ini Sambut Tahun Baru Cina Dengan Tarian Buat Netizen Terhibur

Artikel Berkaitan: “Lip lap, lip lap!” – Ini 7 Lagu Raya Baru Yang Akan Meriahkan Aidilfitri 2022 Korang

Dalam video tersebut, Kak Sue telah menghias keretanya dengan lampu lip lap tersebut. Memang nampak cool kereta dia weh! 

Dalam video yang berdurasi selama 22 saat itu, Kak Sue juga berkongsi dengan warganet bahawa dia telah mengambil masa lebih kurang enam jam untuk memasang lampu lip lap itu pada keretanya.

10 1

Rata-rata warganet terhibur dengan idea kreatif Kak Sue memasang lampu lip lap itu pada keretanya sebab ramai yang pada mulanya dia mahu memasang lampu itu di kawasan luar rumahnya.

Ada juga yang kata kereta dia dah macam kereta perarakan berhias dan lampu hiasan di I-City Shah Alam.

Apa-apa pun, memang cool hiasan lampu lip lap Kak Sue ni kan. 

Sumber: TikTok @kaksuemeow

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.