Satu sesi podcast daripada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan, Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon telah mencuri tumpuan netizen di media sosial.
Dalam sesi tersebut, Nicole Tan Lee Koon menceritakan mengenai 9 identiti adat Negeri Sembilan dan ia membuatkan ramai netizen kagum dari pelbagai aspek.
Artikel berkaitan : Tukang Paip Dakwa Jumpa Tulang Dipercayai Kepala Babi Dalam Tangki Air Rumah Di Negeri Sembilan
Artikel berkaitan : “Mula-mula excited ah masuk” – Penginap Dakwa Diganggu Nenek Kebayan Di Cameron Highland
Dalam podcast tersebut, beliau menceritakan lebih lanjut mengenai adat perpatih yang dipraktikkan di Negeri Sembilan, misalnya seperti masakan lemak cili api, tarian piring, rumah bumbung panjang, lagu tradisional dan apa yang menarik tumpuan netizen di TikTok adalah baju tradisi yang dinamakan Baju Setengah Tiang.
@dap_tikthetok Moh dogheh! Sdri Nicole Tan Lee Koon berkongsi 9 identiti Negeri Sembilan yang sentiasa beliau promosikan setiap hari. RoketSembangSantai DAPMalaysia
Ramai rakyat Malaysia yang tidak mengenai jenis busana tersebut dan ia membuatkan mereka rasa tertarik sampaikan ada yang ingin menjadikan ia sebagai busana utama mereka pada musim perayaan tahun depan.
Selain itu, ramai juga yang memuji kefasihan Nicole Tan Lee Koon dalam berbahasa Melayu selain arif mengenai adat perpatih secara terperinci dan mendalam.
Min pun baru dengar pasal Kebaya Separuh Tiang ni, memang lawa. Kalau orang jual laku keras lepas ni dan ramai nak cari.
Sumber : TikTok