in ,

“Raya pun nak balun orang ke?”- [VIDEO] Video ‘Gocoh’ Di Tepi Tasik Ketika Hari Raya Tular

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepatutnya hari raya Aidilfitri ni dimanfaatkan untuk memohon kemaafan daripada orang yang kita pernah buat salah. Bulan baik ni kena lah jadi orang baik jugak.   


Ni tak, ada yang bergaduh pulak ketika hari raya baru-baru ini sebab tular video pergaduhan sekumpulan lelaki di tepi tasik. Orang duduk tepi tasik nak rilek-rilek, boleh pulak dia tibai orang kat situ. 

Video yang dikongsikan oleh @anthraxxxx di Twitter itu dipercayai telah berlaku di Tasik Danau Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan. Kan sek kito jange pecoh. 

Namun, menurut Sinar Harian, pihak polis masih belum menerima sebarang laporan tentang video ‘gocoh’ (pergaduhan) tersebut, jadi punca kejadian tidak dapat dikenal pasti.

Video tersebut pada mulanya telah dirakam dan dikongsikan oleh individu lain di Instagram.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif mengatakan pihak polis akan mengesan mereka yang terlibat dalam pergaduhan terbabit.

Raya-raya ni orang mintak maaf, bukannya tambah dosa. 

Baca: “Gangster apa kurus kering” – Lelaki Acah Ganster, Belasah Orang di Restoran Cetus Buah Mulut Netizen

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.