Hujung minggu lau, media sosial ‘riuh’ apabila anak kepada pelakon Norman hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania memuat naik video boomerang bersama madunya, Umisya Mazlan.
Selepas posting berkenaan tular, kakak kepada Umisya, Nadia Mazlan menerusi laman Instagram memuat naik IG Story yang mengatakan adiknya itu menerima takdir dan bukanlah sekadar content semata-mata.
Artikel berkaitan: “Situasi kami tak seperti dalam gambar ni ya” – Umisya Perjelas Isu Video ‘Boomerang’ Dengan Marissa
Artikel berkaitan: Muat Naik Gambar Bersama, Marissa & Umisya Sudah Berbaik?
“Tiba-tiba keluarkan gambar berdua, dia diam, dia redha, dia berdamai dengan takdir, bukan tiket untuk orang lain gula-gulakan dia.
Awak jangan lupa, dia bukan seorang ya, ada ramai di belakang dia,” tulisnya.
Difahamkan, Nadia memuat naik IG story tersebut sejurus adiknya yang juga isteri pertama Ahmad Aslam menjelaskan situasi sebenar di sebalik posting yang dimuat naik Marissa itu seolah-olah memberi bayangan mereka sudah berbaik.
Dalam pada itu, Nadia juga repost satu lagi IG story yang berbunyi memerli seseorang di mana ianya mempersoalkan jika ‘individu’ itu ada meminta maaf atau tidak serta menyatakan terlalu banyak putar-belit dalam apa yang dikatakan oleh individu berkenaan.
Hmm, harap semuanya baik-baik sahaja…
Sumber: Instagram