
Biarpun ada reaksi negatif netizen pasal Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) yang berlangsung malam tadi, pasti ada sesuatu yang akan membuatkan penonton enjoy sepanjang ianya berlangsung.
Lebih-lebih lagi kalau dalam sesebuah program itu di kendalikan oleh pelawak macam Jihan Muse ni. Sentiasa come out dengan lawak-lawak fresh yang membuat penonton tak kering gusi.
Sewaktu pembukaan AME 2019 semalam, kemunculan Jihan Muse membuatkan penonton terhibur lebih-lebih lagi dalam kalangan sitizoners ni.
Sumpah Jihan paling win semalam masa opening”
https://twitter.com/inialannn/status/1120187002932981760?s=21
Selepas persembahan pembukaan daripada Aman Ra & Pop Shuvit, sesi pengenalan pengacara dilakukan menerusi persembahan dance battle oleh Neelofa & Nabil.
Kemunculan Jihan ketika diakhir pembukaan selepas Neelofa dan Nabil menari lagu Single Ladies, Kill This Love, Fantastic Baby dan Kau Pun Sama yang menjadi siulan pendengar.
Kejutan Jihan melakukan pesembahan lagu Nirmala versi Konsert Tour dengan busana yang seakan-akan Tokti pakai dan tarian sama ketika di konsert tersebut menjadi penyeri pembukaan AME semalam.
Buktinya, ramai netizen terhibur dengan persembahan Jihan selepas video itu viral di Twitter.
Ratu Parodi – Jihan
Kalau kita perhatikan, Jihan ni kalau bab-bab parodi orang memang nombor satu. Jadi tak mustahil lah tercetus idea sebegitu sebegitu penyeri majlis anugerah-anugerah ini.
Sudah semestinya Datuk Seri Siti Nurhaliza sedar pasal hal ini, dan dia pun bersikap terbuka dengan memberikan sokongan kepada Jihan memalui instastorynya
Respon Tok Ti
Ada-ada je Jihan ni, admin semalam hampir-hampir nak tukar channel tapi nasib baiklah Jihan muncul.