Baru-baru ini, kisah seorang penunggang GrabFood yang pekak dan bisu mendapat perhatian warganet setelah seorang wanita kongsikan kisah yang meruntun hatinya.
Rider ini cuba hubungi wanita tersebut berkali-kali tetapi apabila dijawab hanya senyap, sebegai seorang pelanggan sudah semestinya dia rasa marah kerana makanan lambat sampai, dan bila dihubungi senyap pula.
Bila semak bahagian inbox mesej, rupa-rupanya penghantar itu sesat dan tak dapat angkat kerana pekak dan bisu.
Boleh baca kisahnya kat sini..
https://www.facebook.com/bonda.nor/posts/4361357113891687
Disebabkan rasa bersalah, Bonda Nor memberikan tip paling banyak berjumlah RM 10, namun baginya jumlah itu masih tak mencukup.
Dia terus menghubungi pihak Grab untuk mengesan lelaki tersebut, lepas beberapa hari menunggu, tiba-tiba dia dihubungi oleh kawan rider tersebut menerusi Facebook dan lelaki itu memperkenalkan dirinya, namanya Rizuam.
Saya kawan Rizuam, rider OKU Kuala Terengganu. Ini nombor telefon dia.”
Wanita ini berhasrat ingin berjumpa dengan Rizuam bersama suaminya untuk menghulurkan sedikit sumbangan buat Rizuam.
Disebabkan kisahnya sebelum ini viral, ramai juga yang sudi hulurkan sumbangan selain pasangan ini.
“Saya nak ajak kawan saya, boleh? Nak minta dia tolong translate. Dia pun runner Grab Food juga. OKU pendengaran saja, tapi boleh bercakap.”
Lebih mengharukan lagi, ketika Bonda Nor bersua dengan Rizuam dan kawannya itu, Asyraf pada 2 hari lepas, Rizuam baru lepas kemalangan akibat terlanggar kerbau.
“Hari ini Rizuam datang jumpa saya dan suami dengan kaki terhincut-hincut. Rupa-rupanya dia baru kemalangan balik kerja waktu malam. Terlanggar kerbau, katanya. Sejenis gigih! Masuk kerja pukul 10 pagi hingga 10 malam!.”
Ketika mereka bersembang, Asyraf yang menjadi translator kepada Rizuam menceritakan bahawa Rizuam pada waktu itu sedang kalut untuk hantar makanan dia.
“Dia sebenarnya ada order lain juga nak hantar. Jadi dia kalut sikit sebab tak jumpa rumah bonda, sedangkan dia nak hantar juga makanan customer lain. Jadi, dia tanya dalam grup, ada tak sesiapa boleh tolong. Tapi kami semua jauh. Jadi Rizuam pergi hantar order satu lagi tu dulu, lepas tu patah balik ke rumah bonda.”
https://www.facebook.com/bonda.nor/posts/4388051377888927
Sebelum bersurai, Rizuam menerima sumbangan sebanyak RM 5,000 hasil yang dikumpul olleh Bondar Nor dan team dia.
Begitulah. Rezeki orang gigih dan amanah pada tugas. Sebab sabar satu jam, Allah kirimkan rezeki sampai RM5000. Barakallahu fikum. Semoga terus sukses Rizuam, Asyraf dan Muhsin!”
Baca : “Terima kasih abang GrabFood” – Aksi Abang Delivery Selamatkan Anak Kucing Terima Pujian Netizen