Apabila bercakap tentang tandas awam, sudah pasti hal yang sering dibincangkan adalah tahap kebersihan dan keselesaan ketika menggunakannya.
Selain sering digunakan oleh orang ramai, tandas awam juga sering dikaitkan dengan stigma sebagai tempat kotor sehingga kadang kala enggan digunakan oleh segelintir orang awam.
Baru-baru ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menganjurkan Anugerah ‘Toilet of The Year’ (TOTYA’24) yang telah disertai sebanyak 625 penyertaan dari seluruh negara.
Dalam anugerah ini, terdapat tujuh kategori yang dipertandingkan iaitu industri hotel, pusat membeli-belah, konsesi lebuh raya, stesen minyak, restoran, sekolah dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Artikel berkaitan: “Nak buang air je pun”- Kenali 5 Tandas Termahal Di Dunia
Berikut merupakan senarai pemenang TOTYA’24 mengikut kategori:
Kategori hotel: Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur
Kategori kawasan rehat dan rawat (RnR): Machap Arah Utara
Kategori stesen minyak: BHPetrol Ladang Bikam, Perak
Kategori restoran: Andaman Seafood Village, Kuala Lumpur
Kategori PBT: Tandas Awam MITC Melaka
Kategori pusat beli-belah: Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang
Kategori sekolah: SMK Merbau, Miri, Sarawak
Memetik laporan Sinar Harian, pemenang setiap kategori membawa pulang wang tunai RM20,000 berserta piala iringan dan sijil penghargaan.
Netizen tak sangka ada anugerah tandas terbaik
Sementara itu, penganjuran anugerah tersebut telah meraih pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya teruja dengan kewujudan anugerah ini.
Dalam pada itu, netizen turut bersetuju dengan senarai pemenang anugerah tersebut dan ada yang bercadang ingin melawat tandas-tandas berkenaan.
bruh this BHP Ladang Bikam toilet is insane 😭😭 no wonder they won pic.twitter.com/N0VGhOSvWq
— izzi (@IzzraifHarz) November 17, 2024
Ada juga yang menyatakan anugerah ini perlu diteruskan supaya ramai lagi yang menyertai anugerah ini dan lebih bersemangat untuk menjaga kebersihan tandas.
Difahamkan, TOTYA juga akan menambah satu lagi kategori pada tahun hadapan iaitu kategori masjid atau rumah ibadat.
Diharapkan kejayaan ini akan menjadi pemangkin untuk mewujudkan lebih banyak tandas yang bersih di seluruh Malaysia kerana ia merupakan antara elemen penting dalam mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif.
Sumber: Sinar Harian