Korang pernah tak tersalah makan makanan? Paling common is tersilap letak garam dalam air sebab ingatkan tu gula. Tak pun tersilap minum santan dalam peti ais sebab korang ingat tu susu. Haa pernah tak jadi macam tu?
Semalam kecoh kat Twitter pasal seorang lelaki, Hafizul Haneff share cerita kawan dia tersilap makan makanan kucing sebab ingatkan benda tu tuna jenama Ayam Brand! Disebabkan kawan dia dah tersalah makan makanan kucing, Hafizul tulis dalam entri tu dengan nada bergurau minta orang ramai doakan kawan dia supaya tak jadi kucing. Aduhai!
Tweet Hafizul tu dapat perhatian ramai dan rata-rata tergelak baca pengalaman kawan Hafizul yang bernama Anwar tu. Bila baca komen, lagilah geli hati! Katanya Anwar dah mula tunjukkan tanda-tanda akan jadi kucing lepas makan makanan kucing tu! Alamak!
Hafizul juga ada share gambar kawan dia yang termakan makanan kucing tu. Bajunya pun ada logo kucing! Memang dia suka benda-benda ada kaitan dengan kucing kot!
Lepas tweet tu viral, Anwar tampil sendiri buat kenyataan kat Twitter bahawa memang dialah lelaki yang makan makanan kucing tu. Dia jelaskan yang rasa makanan kucing tu pahit-pahit macam rasa hati ayam sebab yang dia makan tu chicken flavour.
Komen-komen kat Twitter Anwar pun tak kurang lucunya! Siap tanya kenapa dia makan tak habis roti yang spread dengan makanan kucing tu. Jawapan Anwar kelakar habis!
Tapi lepas makan tu Anwar cakap dia tak ada rasa sakit perut ataupun anything yang tak elok pada badan dia. Adooii la boleh pulak dia tertukar ye! Siapa pernah termakan makanan kucing share sikit dengan admin.
Baca: “Kombang tekak den!” – Resepi Telur Hancur Campur Durian Ahmad Maslan Dikritik