in

“Rasa macam keropok” – Wanita Ini Jadikan Pisau Cukur Sebagai Snek, Rasa ‘Lemas’ Sehari Tak Kunyah

Ft Pisau Cukur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan ada sesetengah individu dalam dunia ini yang memiliki hobi atau ‘perangai’ yang agak pelik sehingga tidak tercapai dek akal.


Tidak terkecuali seorang wanita dari Indonesia ini yang mempunyai tabiat yang agak ‘aneh’ dan agak membahayakan apabila dia gemar mengunyah bilah pisau cukur seolah-olah seperti snek.

Apa yang lebih mengejutkan, bukan setakat ‘berani mati’ mengunyah pisau cukur, malah dia juga turut menjadikan pisau cukur itu sebagai hidangan seharian!

 

Snek harian sejak 25 tahun lalu

Memetik laporan Tribunnews, wanita yang dikenali sebagai Nenti yang berusia 51 tahun itu ternyata telah menjadikan pisau cukur sebagai snek harian sejak 25 tahun yang lalu.

Bahkan, ada juga ‘fakta-fakta’ yang tidak dapat diterima akal bila ditanya mengenai tabiat anehnya itu. Antaranya,

Rasanya seperti keropok.

Bukan itu sahaja, malahan

Lemas jika tak makan pisau cukur bahkan sakit kepala.

Feat Nenek

 

Sehari 4 bilah pisau cukur

Menurut Nenti, sehingga kini, sudah mencecah ribuan pisau cukur yang telah dikunyah olehnya pada setiap hari. Dalam tempoh sehari, wanita itu ‘wajib’ menelan sekurang-kurangnya 4 bilah pisau cukur.

Tambahnya lagi, badannya akan berubah menjadi lesu dan tidak bersemangat untuk melakukan sebarang kerja sekiranya tidak ‘mendapat’ pisau cukur. Bukan itu sahaja, dia juga akan berasa sakit kepala secara mendadak jika tidak mengunyahnya.

Walau bagaimanapun, kesihatannya agak baik biarpun mempunyai tabiat pemakanan yang pelik itu.

Mungkin disebabkan terlebih zat ‘besi’ kot. 

Di usianya yang sudah mencecah setengah abad, Nenti masih kuat bekerja sebagai pemungut barangan antik untuk meneruskan kehidupan sehariannya. Ujarnya, dia masih kuat untuk berjalan mengelilingi kawasan kampung seharian untuk mencari sampah bagi dijual.

Polis juga pernah tanya “Tak sakit ke (kunyah pisau cukur)?” 

 

Pernah jadi penari kuda kepang, ilmu kebal

Namun, Nenti mengakui bahawa dirinya tidak berasa sakit saat mengunyah pisau cukur berkenaan. Dedah wanita itu lagi, kebiasaan anehnya itu bermula ketika dia masih aktif bekerja sebagai seorang ‘seniwati’ kuda kepang.

Ketika ‘zaman kegemilangannya’ itu, dia disusuki ilmu kebal oleh pemilik pertubuhan kuda kepang tersebut supaya dia boleh memakan benda-benda yang tajam.

Menurutnya, ilmu kebal itu masih tertanam di dalam dirinya sehingga ke saat ini dan dia masih tidak berniat untuk mengeluarkannya dari tubuh badannya. Ujarnya, pisau cukur itu membuatkan tubuhnya tidak berasa lelah dan kuat untuk terus berjalan sekitar kampung untuk meneruskan hidup.

Baca: Lelaki Mengaku Makan 48 Paku Selepas Dengar Bisikan Suara ‘Seseorang’ Baca Paku

Sumber: Tribunnews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.