in

“Rasa jijik dengan diri, tergamak rogol anak sendiri” – Kisah Pak Husin, Banduan Tertua di Penjara Marang

Pak Husin

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Namun setidak-tidaknya, bagi Pak Husin (bukan nama sebenar) berusia 70 tahun yang merupakan banduan di Penjara Marang, ada sedikit lega di ruang hatinya apabila keluarga menerima dan memaafkan kesalahan lampau dilakukannya.

Penjara

 

Jenayah: rogol anak sendiri

Kalau ikut rekod, warga emas ini adalah antara penghuni tertua di Penjara Marang yang kini sedang menjalani hukuman di atas jenayah rogol suatu ketika dahulu.

Pak Husin telah didapati bersalah kerana merogol anaknya sendiri dan kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan itu membuatkan dia dipenjara selama 20 tahun. Bagaimanapun, Pak Husin kini hanya tinggal lima tahun lagi sebelum dia bebas apabila tempoh hukuman itu berakhir nanti.

 

Rasa jijik dengan diri sendiri

Apabila difikirkan, saya rasa malu dan jijik dengan diri sendiri kerana tergamak merogol anak sendiri.”

Pak Husin akui selama dia hidup di balik tirai besi itu, sememangnya dia kerap melakukan solat Taubat dan menyesali perbuatan lalu kerana telah menghancurkan hidup sendiri serta keluarganya.

“Jika boleh saya ingin menghabiskan penghujung usia ini dengan anak. Saya bersyukur keluarga menerima dan memaafkan kesalahan saya.”

Banduan

 

Nak mula hidup baru

Pak Husin turut berkongsi tentang hasratnya untuk memulakan kehidupan baru bersama keluarga selepas dibebaskan nanti. Dia mahu mengecap semula kebahagiaan di samping insan tersayang yang banyak ditinggalkan.

“Setahun dalam penjara, saya capai ketenangan dengan mendekatkan diri dengan Allah, bangun solat malam dan membaca al-Quran.”

Penjara1

Dia juga mahu teruskan apa yang dipelajari di dalam penjara apabila keluar nanti terutamanya bekalan akhirat dan berharap agar semuanya dipermudahkan untuk dia bersama keluarganya.

Sumber: Harian Metro

Baca: “Kuarantin kat penjara terus”- Peguam Ini Dedahkan Korang Boleh Dipenjara Jika Langgar Perintah Kuarantin

Feature 1 13

Sumber: Harian Metro