in

“Rasa dulu baru judge” – Ramai ‘Complain’ Satu Kon Aiskrim RM 18, Peniaga Tampil Bagi Penjelasan

ft aiskrim rm 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas isu mee segera malam, loaded nachos, jacket potato, timbul pula satu isu yang kini tengah tular apabila aiskrim kon jualan warga tempatan mengenakan harga RM18 seunit.

Ini kerana harga yang dikenakan itu dianggap tidak masuk akal oleh sesetengah pihak dan ramai yang membandingkannya dengan jenama aiskrim terkemuka yang dikatakan jauh lebih murah.


Artikel berkaitan : Wanita Cium Doh Tipu Identiti Untuk Cari Kerja Baru Dekat Kedai Aiskrim

Artikel berkaitan : Jenama Aiskrim Akur Arahan KKM, Hentikan Penjualan Aiskrim Berperisa Ubat Batuk Serta-merta

Dalam video tersebut peniaga menunjukkan aiskrim yang dimasukkan sos coklat ke dalam kon sebelum meletakkan satu scoop aiskrim dan salutkan dengan kepingan rangup.

Screenshot 2024 12 09 172404 Screenshot 2024 12 09 172423 Screenshot 2024 12 09 172451 Screenshot 2024 12 09 172534 Screenshot 2024 12 09 172605

Bagaimanapun peniaga sebenarnya ada menjelaskan kenapa dia mengenakan harga RM 18 buat sebatang aiskrim menerusi perkongsian asal di TikTok.

Menurutnya, aiskrim jualannya yang dinamakan 3 Phase Ice Cream itu mempunyai 3 lapisan iaitu brownies, coklat cair dan aiskrim. Jadi katanya, adalah lebih baik untuk mereka rasa dahulu sebelum menilai.

@sukadessert.hq

3 Phase Ice Cream, Rm18.00. Kenapa mahal? Kenapa 3 Phase? Sebab… ada 3 lapisan. Dalam cone terdapat brownies, melt choc dan ice cream. Darlings wajib rasa dahulu baru jugde tau?? #3phaseicecream

♬ original sound – Sukadessert.hq – Sukadessert.hq

Korang rasa berbaloi ke?

Sumber : X, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.