in

“Rasa bertenaga, kurang sikit mengantuk” – Ini Suplemen Yang Korang Boleh Ambil Sepanjang Ramadan

Ft Blackmores Ramadan 1

Memasuki minggu ketiga umat Islam seluruh dunia berpuasa, pastinya ada yang masih atau baru berasa letih, lesu dan mengantuk di siang hari terutamanya apabila di pejabat. Apatah lagi, biasanya pada bulan puasa, aircond di pejabat akan jadi ‘extra’ sejuk.

Selain itu, mata pun akan senang layu dan kadang-kadang ada yang sampai tersengguk-sengguk di pejabat. Bila dah sampai tahap macam tu, ada yang akan melakukan power nap untuk mendapatkan kembali tenaga dan kembali segar untuk bekerja.

Lm Gambar Hiasan 41

Sebenarnya, bila kita berpuasa, banyak perubahan yang berlaku pada badan disebabkan perubahan pemakanan. Antaranya : 

Masalah pencernaan

Apabila kita berpuasa, pola pemakanan kita berubah dan pengurangan jumlah makanan yang diambil sepanjang hari boleh mengganggu sistem pencernaan dan ada kalanya akan menyebabkan ada kesan sampingan.

Lm Gambar Hiasan 42 1

Kalau korang perasan, setiap kali bulan puasa pastinya ramai yang kerap alami cirit-birit, mual dan sebagainya. Untuk atasi masalah pencernaan ini, kena lebihkan makanan yang kaya dengan fiber dan boleh membantu masalah pencernaan.

Hilang mood

Perasan tak, kadang-kadang orang akan jadi mudah marah, cepat terasa dan moody apabila berpuasa. Biasanya orang akan cakap marah ni sebab lapar, tapi sebenarnya perubahan mood ini disebabkan kurangnya kandungan gula dalam darah atau dipanggil hipoglycemia.

Biasanya keadaan ini akan berlaku sekiranya badan kita tak mendapat kalori yang cukup dan akan menyebabkan kita hilang fokus, bimbang dan menjadi mudah marah.

Pening kepala

Pening kepala atau sakit kepala merupakan kesan sampingan yang biasanya berlaku dan selalunya ia hanya berlaku pada beberapa hari pertama tempoh berpuasa disebabkan badan baru nak menyesuaikan diri dengan corak pemakanan baru.

Biasanya pening kepala disebabkan berpuasa ni berlaku di bahagian hadapan otak dan tidak terlampau teruk. Pening kepala disebabkan berpuasa ni menurut kajian mungkin juga disebabkan kandungan gula yang rendah dalam darah dan juga kesan penyingkiran kafein.

Letih & Lesu

Lm Gambar Hiasan 44

Secara jujurnya, memang ramai yang ‘mengadu’ letih bila kena bangun pagi untuk masak sahur, kemudian perlu ke tempat kerja, ‘stuck’ dalam kesesakan dan apabila balik ke rumah, kena masak pula untuk berbuka. 

Untuk penyelesaian ‘short-cut’ korang boleh lah tapau. Tapi itupun akan membuatkan korang penat, letih dan lesu juga sebabnya, semasa berpuasa; badan kita tak menerima khasiat yang cukup. 

Contoh paling mudah dan penting adalah vitamin B yang merupakan khasiat penting untuk hasilkan tenaga. Contoh makanan yang ada vitamin B ni macam daging, ikan, sayur-sayuran dan lain-lain. Atau, ambil sahaja multivitamin yang ada khasiat pelbagai jenis vitamin yang boleh memberikan tenaga, membuatkan kita lebih fokus dan pelbagai lagi khasiat. 

  • Multivitamin -Biasanya ia dirumus dengan pelbagai nutrien penting dan boleh membantu mengisi sebarang kekurangan nutrisi yang mungkin korang alami semasa berpuasa. Selain itu, vitamin juga boleh menggalakkan pengeluaran tenaga yang boleh membantu meningkatkan produktiviti harian korang. Jadi, tak lah lesu sangat nanti.
  • Vitamin Kumpulan B – Macam yang disebut sebelum ini, komponen dalam vitamin B amat penting dalam membantu penghasilan tenaga. Dalam masa yang sama, ia juga dapat membantu sel-sel dalam badan untuk ‘bekerja’ dan memastikan badan kita sentiasa sihat!

Kalau korang tak tahu nak dapatkan suplemen yang boleh tingkatkan tenaga dan tinggi kandungan vitamin B, korang boleh cuba ambil rangkaian produk dari Blackmores, yang boleh dapatkan di farmasi berdekatan. 

Harapnya, tips yang dikongsikan tadi boleh la sedikit sebanyak membantu korang yang ada masalah-masalah yang disebutkan untuk bantu korang jalani ibadah puasa sepanjang Ramadan ini.

Selamat berpuasa!

Blk Ramadan2024 Kv My Malay Fa 01