in

Ras Adiba Dipilih Sebagai Penerima ‘International Women of Courage Award’ Di White House, AS Rabu Ini

Ras Adiba Iwoc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

International Women of Courage Award (Anugerah Wanita Berani Antarabangsa) ialah anugerah yang disampaikan setiap tahun oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat kepada wanita di seluruh dunia yang telah menunjukkan kepimpinan, keberanian serta kepintaran terutama dalam memajukan hak wanita.

Tahun ini, anugerah penuh prestij ini bakal diadakan pada 8 Mac ini di White House, Amerika Syarikat (AS) dan dihoskan oleh Setiausaha Negara Anthony J.Blinken dan Wanita Pertama AS Jill Biden.


71606207998 Rasadibaradzi

Apa yang mengujakan, tahun ini Senator Datuk Ras Adiba Radzi diumumkan sebagai antara penerima anugerah tersebut.

Menurut laman web rasmi jabatan tersebut, Ras Adiba telah menghabiskan kebanyakan masa profesionalnya untuk memajukan serta mempromosi hak asasi manusia dengan membantu populasi rentan dan menggunakan pelbagai platform untuk mengetengahkan ketidakadilan dalam masyarakat di Malaysia.

“Pada Mei 2020, Raja Malaysia melantik Ras Adiba Radzi sebagai senator dan menjadi wakil orang kurang upaya.

Pada November 2020, Ras Adiba dilantik sebagai pengerusi wanita pertama agensi berita nasional Malaysia, BERNAMA dan ia penting kerana Malaysia kekurangan wanita dan orang kurang upaya dalam peranan kepimpinan,” tulisnya.

Ras Adiba juga pernah mewakili Malaysia dalam acara menembak pada temasya sukan paralimpik dan pernah melakar sejarah dalam Malaysia’s Book of Records kerana melakukan perjalanan sejauh 420 kilometer dengan berkerusi roda selama 13 hari dari Johor Bharu ke Putrajaya.

Turut menerima anugerah tersebut ialah Dr Zakira Hekmat dari Afghanistan, Alba Rueda dari Argentina dan Donis Rios dari Costa Rica.

Sumber: US Department of State

Baca: “First time p gym tak bagi OKU masuk” – Pemuda Terkilan Tak Boleh ‘Workout’ Sebab Berkerusi Roda

Ft Oku Gym

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.