in

Raptai Hari Kebangsaan Ke-67 Akan Berlangsung 3 Hari Bermula 27 Ogos Nanti

Hari Kebangsaan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum negara kita akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67. Tak sabar kan nak tengok perarakan hari merdeka nanti kan!

Untuk pengetahuan semua, sambutan Hari Kebangsaan 2024 akan diadakan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos nanti.


Manakala raptai penuh Hari Kebangsaan pula akan berlangsung bermula 27 Ogos hingga 29 Ogos nanti iaitu selama tiga hari di Dataran Putrajaya.

Menurut Sinar Harian, orang ramai yang mahu menonton rehearsal atau raptai Hari Kebangsaan itu boleh berbuat demikian namun diingatkan untuk mengikuti arahan papan tanda kerana ada beberapa jalan yang ditutup untuk sambutan tersebut.

12

Artikel Berkaitan: Tular Gambar KLCC Kembar 3 Dalam Poster Rasmi IPD Brickfields, Syarikat Pengiklanan Mohon Maaf

Artikel Berkaitan: “Ni baru rehearsal” – Netizen ‘Goosebump’ Tengok Raptai Penuh Hari Kemerdekaan Tahun Ini

Laluan perarakan sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini akan menuju ke Masjid Putra dari PICC Putrajaya dan laluan itu difahamkan akan siap diatur pada 22 Ogos ini.

Kini, pihak Perbadanan Putrajaya sedang giat mengalihkan pasu bunga di sepanjang jalan yang menjadi laluan perarakan tersebut untuk memudahkan urusan pada hari sambutan nanti.

Orang ramai semua dijemput hadir ke Dataran Putrajaya pada 31 Ogos nanti.

13
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.