in

Rangkuman Sidang Media Khas PM: Harga Minyak Kekal RM1.99 Seliter & Tiada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri

Syaz Ft 2026 03 11T164732.689

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) telah mengadakan satu sidang media khas bagi membincangkan persiapan negara mendepani ketidaktentuan global dan kebajikan rakyat.

Ini adalah 7 poin penting yang wajib anda tahu:


Harga Minyak ‘Budi95’ Kekal RM1.99

Walaupun harga pasaran dunia melonjak 3 kali ganda lebih tinggi, PMX mengumumkan harga minyak kekal pada RM1.99 seliter. Ini adalah keputusan sukar demi memastikan harga barang tidak naik mendadak.

Bekalan Petroleum Dijamin Cukup Hingga Mei 2026

Petronas Station

Hasil semakan dengan Petronas mendapati stok minyak negara masih terkawal dan mencukupi untuk keperluan domestik. Tak perlu panic buying ya!

Tiada Rumah Terbuka Aidilfitri 2026

Semua agensi kerajaan, GLC, dan GLIC tidak dibenarkan menganjurkan majlis rumah terbuka tahun ini. Langkah ini diambil sebagai strategi penjimatan fiskal negara.

Artikel berkaitan: Rangkuman Pengumuman PMX Dalam Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035

Artikel berkaitan: PMX Tunai Solat Jenazah, Hadir Beri Penghormatan Terakhir Kepada Tokoh Ilmuwan Islam Syed Muhammad Naquib al-Attas

Tiada Cuti Raya Tambahan

Intro Raya1
Gambar hiasan

Kerajaan mengesahkan tiada cuti raya ‘extra’ diberikan. Tarikh raya pula akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja seperti biasa.

Kawalan Diesel Sabah & Sarawak Diperketat

Timbalan Perdana Menteri 2 diminta melakukan penguatkuasaan lebih tegas bagi membendung isu penyeludupan diesel di sempadan bagi mengelakkan impak ekonomi yang lebih besar.

Kumpulan Pertama Rakyat Malaysia Dari Asia Barat Tiba

@501awani

Penerbangan membawa pulang 164 rakyat Malaysia dari zon konflik Asia Barat, tertunda berbanding jadual asal 11 pagi. AWANInews

♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

Misi membawa pulang warga kita diteruskan. Kumpulan pertama dilaporkan selamat mendarat di tanah air pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Had Lawatan Luar Negara

Menteri, anggota pentadbiran dan ketua jabatan kini dihadkan untuk melakukan lawatan ke luar negara kecuali bagi urusan yang wajib dihadiri dalam jadual rasmi.

Dalam pada itu, PMX turut mengumumkan satu mesyuarat Jemaah Menteri Khas akan diadakan pada Jumaat, 13 Mac ini untuk memperincikan lagi hala tuju ekonomi negara.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.