Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035 sebagai asas kepada reformasi pendidikan negara yang menyeluruh dan berani.
Menurut beliau, reformasi tersebut memberi penekanan kepada pengukuhan jati diri dan kenegaraan, selain meningkatkan intervensi pendidikan pada peringkat awal usia kanak-kanak serta memartabatkan peranan guru sebagai tunjang utama sistem pendidikan.
Pada masa sama, RPN 2026–2035 turut memberi fokus kepada usaha memperkasa sistem pendidikan tinggi agar menjadi lebih terangkum dan adil, termasuk memperluaskan akses kepada pelajar daripada golongan miskin, pelajar berkeperluan khas serta bakat terbaik negara.
Enam tahun masuk darjah 1

Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan pilihan pendaftaran Darjah Satu seawal usia 6 tahun secara sukarela bermula tahun 2027, bagi memberi peluang kepada kanak-kanak memulakan pembelajaran formal lebih awal mengikut keupayaan mereka.
Wajib Bahasa Melayu & Sejarah
Di bawah Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035, Kementerian Pendidikan Malaysia mewajibkan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah mengikut Kurikulum Kebangsaan bagi memperkasa jati diri murid.
Dasar ini wajib dilaksanakan dalam jadual waktu rasmi persekolahan di semua jenis sekolah, termasuk Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Antarabangsa, serta Sekolah Persendirian (termasuk UEC).
Penilaian Pembelajaran Baharu

Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 mewajibkan pembelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di semua sekolah bagi memperkasa jati diri, di samping memperkenalkan Penilaian Pembelajaran berpusat oleh Lembaga Peperiksaan bagi murid Tahun 4 (mulai 2026) dan Tingkatan 3 (mulai 2027) untuk mengukur pencapaian mata pelajaran teras.
Bilik Guru Selesa
Kerajaan turut memperuntukkan RM100 Juta bagi menaik taraf serta membaik pulih bilik guru di seluruh negara demi menjamin keselesaan para pendidik.
Artikel berkaitan: PMX Perkenal ‘Bintang & Bulan’ di Zoo Negara, Panda Baharu Tarik Tumpuan Ramai
Artikel berkaitan: Ramai Salah Faham Isu Letak Bunga Di Kubur Ataturk, PMX Tampil Beri Penjelasan
Pembelajaran TVET
Menerusi Kurikulum Persekolahan 2027, pendidikan TVET akan diperkenalkan di sekolah rendah bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Bagi peringkat sekolah menengah pula, kandungan serta kemahiran TVET akan diperluas kepada murid Tingkatan 1, 2, dan 3 dengan penekanan khusus kepada aspek teknologi dan digital.
‘Sekolah Inspirasi’
Menerusi program Reformasi Sekolah Kebangsaan, sebanyak 5 SK dan 5 SMK di setiap daerah dipilih sebagai Sekolah Inspirasi untuk dikukuhkan sebagai model kecemerlangan.
Fokus utama program ini merangkumi kecekapan pengurusan, peningkatan prasarana, serta pemerkasaan mutu pelajaran bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan STEM.
Hadiah Pelajar Cemerlang

Pelajar cemerlang dengan PNGK 4.0 (STPM, Matrikulasi, Asasi, dan Diploma) diberikan jaminan tempat di IPTA berasaskan merit dan keupayaan universiti.
Pendidikan Percuma OKU
Berdasarkan imej yang terakhir, kerajaan menyediakan Pendidikan Percuma bagi pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dengan memberikan pengecualian yuran pengajian.
Inisiatif ini akan memberikan manfaat kepada 3,000 pelajar di seluruh IPTA, Politeknik, dan Kolej Komuniti.
Tambahan Tempat Ke IPTA
kerajaan akan menambah 3,000 tempat di IPTA bagi tahun 2026 khusus untuk pelajar cemerlang dan lepasan STPM.
Penambahan ini melibatkan 10 kursus strategik seperti Undang-Undang, Kecerdasan Buatan (AI), Ekonomi, Data Sains, dan Sains Komputer bagi memberi lebih banyak peluang pendidikan kepada calon yang layak.
Bantuan Dana Pembelajaran

Pendidikan Tinggi

Tingkatan Enam dan Matrikulasi akan diletakkan di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi bermula pada tahun 2027.
Inisiatif ini bermatlamat untuk menjamin kesinambungan kurikulum serta memastikan transisi pendidikan yang lebih lancar bagi pelajar daripada peringkat pra-universiti ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Hostel Pelajar
Kerajaan komited untuk menyelesaikan isu penginapan pelajar di IPTA melalui kerjasama antara pihak universiti dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).
Inisiatif ini memfokuskan kepada penyediaan 5,000 tempat penginapan tambahan dengan kadar yuran yang tidak membebankan bagi memastikan keselesaan pelajar.
Subjek MPU

Subjek Mata Pelajaran Umum (MPU) akan dirombak dan wajib diajar dalam bahasa Melayu di semua universiti awam serta swasta.
Inisiatif ini bertujuan memperkukuh asas pembinaan bangsa dengan memberikan penekanan khusus kepada pendidikan Perlembagaan dan sejarah Malaysia kepada setiap pelajar.
Menerusi Facebook miliknya, PMX menegaskan, ikhtiar yang digariskan bukan sekadar melibatkan perubahan struktur, sebaliknya bertujuan membentuk insan yang berpegang teguh kepada nilai, yakin dengan identiti diri, cekal menghadapi perubahan serta berupaya mengangkat masa depan Malaysia berteraskan ilmu, adab dan ihsan.
Beliau turut menyuarakan harapan agar pelaksanaan Rancangan Pendidikan Negara ini menjadi pemangkin kepada pembinaan generasi masa depan yang lebih berdaya saing dan berakhlak mulia.
Sumber: Facebook
