in

Ramona Zamzam Selar Selebriti Terhegeh-hegeh ‘Post’ Berkenaan Palestin Lepas Kena ‘Blockout’

syaz ft 59

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak beberapa hari lalu, ramai selebriti dari dalam dan luar negara termasuk dalam senarai Blockout, di mana mereka ini disekat serta unfollow oleh pengguna media sosial kerana tidak bersuara berkenaan isu Palestin atau menyokong pihak Israel.

Pelakon terkenal tempatan Ramona Zamzam, hari ini dalam sebuah posting di laman Instagram miliknya meluahkan rasa kecewa terhadap beberapa artis yang dikatakan terhegeh-hegeh dan baru ingin bersuara mengenai Palestin selepas termasuk dalam senarai blockout.


Artikel berkaitan: Tersenarai Dalam Blockout 2024, Daiyan Trisha Pertahan Diri Tunjuk Sumbangan RM100,000 Kepada Palestin

Artikel berkaitan: #Blockout2024: Pergerakan Terbaru Ni Buat Ramai Selebriti A-List Diboikot, Artis M’sia Pun Terkesan!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?????? ?????? (@ramonazamzam)

“Sesetengah artis sebelum ini tidak pernah sekali pun berkongsi tentang ini. Sekarang sudah masuk senarai boikot, baru terhegeh-hegeh.

Tetapi tahu atau tidak, saya tidak mempercayai kerana ada yang tidak ikhlas dan tidak ambil peduli.

Tidak terpedaya dengan perkongsian saat akhir. Sekarang baru nak cakap mengenai Gaza pada masa kini kalian semua perlu bercakap tentang ini di platform masing-masing.

Memang bukan anda semua yang teraniaya. Kalian semua hanya memikirkan soal wang dan populariti. Tidak mempedulikan tentang nasib kanak-kanak di sana,” katanya.

Bekas peserta Dewi Remaja itu bagaimanapun berpesan agar netizen tidak memberikan kecaman kepada selebriti tersebut, cukup sekadar menyekat akaun mereka.

Sumber: Instagram 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.