in

“Rambut panjang tak masuk neraka!” – Bapa Mengamuk Ustaz Gunting Rambut Anak

Bapa Mengamuk Ustaz Gunting Rambut Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa di sini ada pengalaman dipanggil oleh guru disiplin kerana didakwa memiliki rambut yang panjang?

Antara denda yang dikenakan atas kesalahan berambut panjang adalah rambut korang akan digunting sehingga pendek.


Namun, ada kalanya timbul isu ini sehingga menjadi perdebatan hangat di media sosial yang mendakwa denda sebegini sudah lapuk untuk mendisiplinkan pelajar.

Perkara ini juga turut melibatkan campur tangan ibu bapa seperti video yang tular baru-baru ini.

Artikel berkaitan: Cikgu Luah Kecewa, Murid Tak Siapkan Kerja Sekolah Sebab Tahu Takkan Kena Marah

Artikel berkaitan: Berang Rambut Anak Digunting, Ibu Bapa Murid Balas Dendam Gunting Rambut Guru

Dalam video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu, seorang bapa kepada salah seorang pelajar di sebuah sekolah mengamuk gara-gara ustaz menggunting rambut anak tanpa keizinannya.

“Yang kau (ustaz) usik ni bukan anak binatang, kau tahu? Anak aku, kau faham?” soalnya.

Bapa pelajar itu juga mempersoalkan tindakan ustaz tersebut yang menggunting rambut anaknya. Dalam nada marah, dia juga menyatakan seseorang itu tidak akan masuk ke neraka jika berambut panjang.

“Rambut panjang tak masuk neraka, kau tahu? Kau tahu tak, Rasulullah rambut macam mana? Rasulullah rambut macam mana? Aku tanya kau!” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Furqan Fawwaz (@furqanfawwaz)

“Memalukan!”

Bagaimapun, tindakan bapa terbabit telah mengundang kecaman netizen, rata-rata netizen tidak menyokong tindakan bapa pelajar terbabit.

Seharusnya, bapa pelajar itu memberi teguran tanpa perlu mengaibkan seorang guru sehingga menengkingnya secara terbuka.

Netizen menyifatkan bapa pelajar itu tidak tahu akan peraturan sekolah yang perlu dipatuhi jika rambut anak telah panjang.

Screenshot 2024 07 02 124510 Screenshot 2024 07 02 124528 Screenshot 2024 07 02 124612 Screenshot 2024 07 02 125233

Menerusi tinjauan kami, kejadian itu berlaku dipercayai di sebuah sekolah agama yang berstatus swasta.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.