Masa zaman kegemilangan Malaysia Airlines atau MAS dulu, korang yang hidup di tahun 90an mesti ingat akan satu iklan futuristik yang pernah dihasilkan syarikat penerbangan ini.
Iklan ini dianggap macam ‘masa depan’ lah kepada MAS yang pada ketika itu di bawah zaman pentadbiran pertama Tun Dr Mahathir Mohammad dengan misi Wawasan 2020. Tapi tahu tak korang, ada fun fact menarik sebenarnya di sebalik penghasilan iklan di bawah ni!
“Iklan MAS tahun 1993 ini telah dibuat oleh ILM – studio yang sama di belakang Star Wars”
Menerusi perkongsian di Twitter, netizen bernama Khairul Aqmal ini reveal bahawa suatu ketika dulu iklan MAS tersebut rupanya setanding dengan filem Star Wars tahun 90an.
Hal ini kerana, kedua-duanya telah direka oleh studio yang sama iaitu ILM Visual Effects! Wow!
https://twitter.com/KhairulAqmal/status/1118779381021675520
“Podracer milik Anakin rupanya diinspirasikan dari reka bentuk elevator angkasa Malaysia Airlines?”
Tak cukup dengan tu, perkongsian di Official Star Wars Malaysia Fan Club juga memberitahu bahawa rupanya reka bentuk pelik podracer yang digunakan Anakin pada masa muda rupanya diinspirasikan daripada rekaan lif angkasa di dalam iklan tersebut.
Hal ini juga dijawab oleh pereka yang membuat kedua-dua design tersebut di dalam sebuah videonya di bawah. Fuh bukan calang-calang. Memang sama rupa bentuk lif dan podracer tu!

https://www.facebook.com/lordarttech/posts/2318208238199441
“Iklan kita dulu jauh lebih baik dari iklan sekarang…”
Bukan admin je ternganga tengok iklan MAS 1993 ni, netizen lain pun terkesima juga sebab hasil iklan tersebut memang high quality dan setanding dengan imej MAS pada ketika itu.
Tapi bila mengenangkan kembali pada zaman kegemilangan tu… min rasa sebak pulak teringat keadaan MAS sekarang.


Rindu nak tengok iklan dulu-dulu. Menggamit memori sangat!