Semakin hari, tahap keupayaan ekonomi dunia semakin berubah dan kehendak pasaran juga semakin pantas membangun. Maka, penduduk dunia harus bersaing dengan menggunakan pelbagai kaedah baharu bagi mendapatkan pekerjaan pada masa kini.
Sejak hujung bulan lalu, tular sebuah video yang menggemparkan pengguna media sosial terutamanya pengguna aplikasi Twitter.
Menerusi perkongsian di akaun Twitter itu, pemilik akaun itu David Armano memuatnaik satu video dengan mengaitkan perkara tersebut dengan kehidupan dystopia.
Perkara paling dystopian yang akan anda lihat hari ini ialah sekolah #InfluencerMarketing di China ini
Sungguhpun tiada sumber mengenai keaslian dan asal usul rakaman tersebut, namun netizen pantas mengaitkan sumber asal video itu dengan negara China.
The most dystopian thing you’ll see today is this #InfluencerMarketing school in China https://t.co/85jfJfeSG6
— David (@armano) November 30, 2020
Bukan itu sahaja, video tersebut turut dikaitkan sebagai ‘Kilang Tik Tok’, lapor daily dot.
Berlatih depan ring lights
Menerusi perkongsian tersebut, sekumpulan lelaki dan wanita dilihat mengenakan pakaian berwarna merah jambu berdiri di hadapan ring lights sambil berlatih untuk mempromosikan sesuatu.
Telefon pintar mereka juga diletakkan bersama ring lights tersebut dan setiap seorang dari ‘pelatih’ itu dilihat seakan-akan beraksi di hadapan kamera seperti seorang influencer.
Paparan klip video yang berdurasi 22 saat itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Ada diantara netizen yang mengatakan bahawa kaedah ini bersifat dystopia di mana semua individu seakan-akan dikawal untuk melalukan sesuatu perkara.
Sungguhpun muncul pelbagai tanggapan buruk terhadap pusat latihan influencer ini, tidak dapat dinafikan ramai diantara netizen yang menganggap kaedah ini adalah sesuatu yang baik.
Menurut pandangan mereka ini adalah salah satu kaedah baru dalam pemasaran kerana pada masa kini ramai influencer diperlukan untuk mempromosikan produk mereka.
So apa pendapat korang mengenai ‘sekolah’, bagus atau hanya membuang masa sahaja…
Baca : Penyelidik China Dakwa Covid-19 Berasal Dari India