Pelamin sememangnya menjadi tumpuan utama para tetamu ketika majlis perkahwinan kerana di situlah pasangan raja sehari akan bersanding dan bergambar bersama keluarga dan tetamu undangan.
Kalau ada bajet lebih, memang akan pilih untuk guna bunga segar untuk hias pelamin kan.
Namun, pelamin di sebuah majlis perkahwinan di Indonesia ini pula lain daripada yang lain kerana pelamin pasangan mempelai ini terletak tinggi sehingga jurugambar majlis perlu menggunakan tangga lipat ketika mengambil gambar pengantin ini.
Kedudukan pelamin tersebut yang tinggi itu telah dikongsikan oleh akaun Instagram tjokrolangit_wo baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Lawak! Pintu Rumah Tiba-tiba Rosak Bila Nak Sarung Cincin Masa Majlis Tunang
Artikel berkaitan: Kes Tipu Pakej Perkahwinan: Pengantin Tak Pernah Berjumpa Dengan Katering, Hanya Buat Urusan ‘Online’
Dapat dilihat dalam video yang berdurasi selama 15 saat itu bahawa khemah pelamin itu nampaknya dipasang di luar rumah pengantin dan berdasarkan video yang sama juga, pelamin itu dipercayai dipasang di atas kawasan batuan di hadapan rumah pengantin.
Jadi, kedudukan pelamin itu tinggi mungkin sebab keluarga pengantin dah tak ada kawasan lain lagi dah untuk pasang pelamin itu.
Meskipun jurugambar perkahwinan perlu naik tangga lipat untuk ambil gambar, namun nampaknya kualiti gambar kahwin itu tidak terjejas. Abang-abang photographer pun memang dah pro.
Sumber: Instagram tjokrolangit_wo