Baru-baru ini, perkahwinan budak 11 tahun telah menjadi isu hangat dan menerima kritikan daripada pelbagai pihak yang mengecam tindakan ini. Isu panas ni sekaligus terkena tempias kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Wan Azizah atau Kak Wan yang dikatakan berdiam diri serta defend si pelaku.
Namun sebenarnya Kak Wan bukan yang macam korang sangkakan. Menurut Hannah Yeoh, ini beberapa perkara mengagumkan yang dilakukan Kak Wan sepanjang menjadi TPM dalam tempoh 3 bulan ini.
1. Walaupun dah jadi menteri, tetap mempunyai hati seperti doktor
Kata Hannah, hati seorang doktor yang dimiliki Wan Azizah tetap terserlah walaupun dia pegang pelbagai jawatan lain.
“Anda pasti pernah lihat macam mana beliau bergegas turun dari pentas untuk periksa YB Hanipa Maidin bila dia pengsan masa perhimpunan di luar.
“Saya juga personally pernah tengok Timbalan Perdana Menteri duduk tenangkan mangsa gangguan seksual bila mereka bercerita tentang apa yang berlaku,” kata Hannah.
2. Jarang balas balik kritikan orang
Jarang Hannah lihat Kak Wan membalas balik kritikan yang orang lemparkan terhadapnya. Dan apabila Kak Wan ingin lakukan satu tugas atau dasar, dia lakukannnya dengan berterusan sehingga perkara tu betul-betul selesai.
“Walaupun saya akui memang lambat untuk selesaikan isu budak 11 tahun berkahwin, tapi saya nak anda semua tahu yang isu ni jugak bersangkut paut dengan kementerian lain untuk jalankan tugas di bahagian mereka pulak.
“Dalam beberapa minggu ni, saya boleh jamin yang ia adalah keutamaan Kak Wan untuk lindungi budak tersebut walaupun ia mengorbankan reputasinya sendiri,” jelas Hannah.
3. Kak Wan bantu ibu bapa bayi yang ditemui dalam peti ais
Hannah jugak pernah melihat sendiri bagaimana Kak Wan bersemuka dengan ibu bapa Adam (kanak-kanak yang maut ditemui dalam peti ais) dan melihat bagaimana TPM cuba memberi bantuan dalam pelbagai cara kepada ibu bapa tersebut supaya mereka pulih daripada trauma.
“Dia selalu ingatkan saya yang kita perlu tengok satu perkara tu dalam semua sudut (ini antara pekara yang selalu saya terlepas pandang sebab nak dapat hasil yang pantas),” ujar Hannah.
4. Banyak berkorban untuk Malaysia Baru
Bagi Hannah, Wan Azizah lah wanita yang patut dijadikan contoh buat rakyat Malaysia di luar sana.
“Kadang-kadang kita lupa sejauh mana telah kita datang semenjak 9 Mei lepas. Inilah wanita yang takkan curi wang cukai anda, seorang doktor pintar yang berhak memimpin dan tidak mementingkan diri sendiri untuk beri peluang kepada orang lain.
“Rakyat Malaysia, jangan cepat lupa akan pengorbanan bertahun-tahun demi mendapat Malaysia Baharu ini,” kata Hannah.
5. Sikap baik hati kelemahan Kak Wan
Kalau ada yang minta Hannah kritik tentang Kak Wan, katanya sikap baik hati TPM itulah yang jadi kelemahannya. Keluarga Kak Wan telah melalui pelbagai cabaran namun sikap baik hatinya lah yang telah buka peluang kepada perdamaian dan penyembuhan bagi Malaysia dalam beberapa bulan menuju 9 Mei.
“Ramai ahli politik pada masa lalu telah merosakkan Malaysia tetapi beliau mengelak daripada melakukannya kepada rakyat kerana kebaikan hati yang dimilikinya,” kata Hannah lagi.
Didoakan semoga TPM wanita pertama ni terus bersemangat menjalankan tugas demi agama, bangsa dan negara. Be strong Kak Wan!
Baca: Korang Tahu Tak Kisah Inspirasi TPM Kita, Dr Wan Azizah?