Sekitar tahun 2017 yang lalu, drama Korea Fight for My Way pernah popular dan ditonton ramai peminat K-drama berikutan watak utamanya dilakonkan oleh pelakon kacak Korea kegemaran ramai iaitu Park Seo-Joon.
Untuk anda yang belum menonton drama ini, ia mengisahkan tentang empat orang sahabat yang berusaha sedaya upaya untuk mencapai cita-cita mereka.
Park Seo Joon telah membawa watak sebagai seorang bekas atlet taekwondo yang kemudiannya menjadi MMA fighter (Mixed Martial Arts) atau peninju.
Tahukah anda bahawa kisah drama itu sebenarnya telah diinspirasikan oleh pasangan selebriti Korea Jepun, Choo Sung Hoon dan isterinya Yano Shiho?
Choo Sung Hoon merupakan seorang atlet MMA dan dia pernah muncul bersama anak perempuannya, Sarang dalam rancangan The Return of Superman beberapa tahun lalu.
Menurut Koreaboo, penulis skrip drama tersebut iaitu Lim Sang Chun mendedahkan bahawa dia mendapat inspirasi untuk menulis kisah terbabit apabila melihat isteri Sung Hoon, Shiho yang juga seorang model yang menangis apabila menonton perlawanan suaminya di televisyen.
Katanya, atlet tinju juga mempunyai keluarga yang sangat menyayangi mereka walaupun mereka sering digambarkan sebagai seseorang yang dingin dan suka berpoya-poya.
Jadi, Sang Chun mahu mengubah persepsi penonton bahawa atlet tinju juga sama seperti orang lain.
Sebab tu dalam drama Fight for My Way, watak Choi Aera yang dibawakan oleh Kim Ji-Won tidak berapa setuju dengan keputusan Dong Man (Park Seo Joon) yang mahu menceburi bidang MMA sebab risaukan keselamatannya.
Kalau korang masih ingat, ada babak di mana Aera siap menangis lagi masa dia tengok Dong Man berlawan.
Apa-apa pun, drama ni memang best. Rasa macam nak tengok balik la drama Park Seo-Joon dan Kim Ji-Won ni. Yang belum tengok tu, cepat marathon semua episod sekarang!
Sumber: Koreaboo
Baca: Selain Saranghae Oppa, Ini 10 Perkataan Korea Yang Selalu Kita Dengar Dalam K-Drama