in

Ramai Tak Puas Hati Baca ‘Statement’ KTMB Pasal Orang Awam Jarang Guna Kemudahan Tren

Page Ktm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penggunaan pengangkutan awam seperti KTM, LRT, MRT, ERL dan monorel di negara kita boleh dikatakan sudah mula digunakan oleh orang ramai apatah lagi ianya dapat membantu untuk tiba ke destinasi dengan kadar yang segera.

Bukan itu saja, kesesakan di jalan raya juga dapat dielakkan tambah pula dengan keadaan sekarang yang mana orang ramai dah mula untuk masuk kerja seperti biasa dan juga sesi persekolahan yang telah mula diwajibkan.


Walau bagaimanapun, baru-baru ini pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memuat naik tweet di akaun Twitter rasmi mereka iaitu @ktm_berhad yang telah menimbulkan rasa tak puas hati di kalangan netizen.

Menerusi tweet yang dibuat pada 30 Mei lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB menyatakan bahawa penggunaan tren di kalangan orang awam masih lagi rendah dan meminta agar kemudahan itu dioptimumkan sepenuhnya bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

“Pernah naik KTM tak ni sebenarnya?”

Orang ramai ternyata tidak berpuas hati dengan kenyataan itu malah ada segelintir dari mereka yang ‘panas’ apabila dikatakan keadaan sebenar adalah tidak sama seperti apa yang ditulis dalam Twitter.

“Jom kita jumpa dekat KL Sentral Khamis ni. Saya ajar cara nak naik KTM dari nak masuk gate, tunggu tren, cara tengok timing, sampai la kita turun” – Luah netizen

Ktm Full

Tak kurang juga yang berharap agar pihak KTMB dapat menyusun semula jadual ketibaan tren agar memudahkan lagi orang ramai supaya tidak terlampau lama jarak masa yang perlu ditunggu oleh penumpang.

Lama dah min tak naik KTM ni…

Baca: “Kalau lelaki yang buat…” – Netizen Tak Senang Duduk Lepas Tengok Video Wanita ‘Stalk’ Lelaki Dalam LRT

Untitled 2

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.