in

Ramai Simpati, Ini Kronologi Kehilangan Nidza Afham Yang Diakhiri Dengan Penemuan Mayat Di Sungai Klang

Collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kita dikejutkan dengan penemuan mayat peserta rancangan realiti TV I Can See Your Voice Malaysia, Nidza Afham Mokhtar. Ia susulan berita kehilangan lelaki ini yang tular di media sosial apabila dia tidak pulang ke rumah selepas berjoging di Stadium Sultan Sulaiman Klang.

Kes kehilangan Afham yang diikuti rapat oleh ramai orang ini telah membuatkan ramai sedih apabila ia berakhir dengan penemuan mayatnya. Malah ramai yang bersimpati dengan keluarga Afham yang sangat terkesan dengan tragedi yang menimpa mereka ini.


Untuk yang nak tahu kronologi penuh kes kehilangan Nidza Afham ni, boleh baca artikel penuh di bawah.

Artikel berkaitan: “Bulan sama tahun berbeza” – Netizen Jumpa Posting Nidza Afham Bulan Ogos Tahun Lepas

Artikel berkaitan: “Berkatalah benda yang baik” – Abang Ipar Nidza Afham Minta Netizen Henti Buat Spekulasi Tentang Arwah

Kehilangan Nidza Afham

Semalam, pada jam 5.05 pagi, kakak sulung Nidza Afham telah memuat naik posting di X memberitahu bahawa dia dan keluarganya sedang mencari adik lelakinya yang hilang selepas keluar menaiki e-hailing untuk berjoging di stadium pada jam 7.58 petang, 13 Ogos 2024.

Nidza

Afham kemudiannya tiba di stadium pada jam 8.17 malam dan kali terakhir membalas mesej teman wanitanya, Miera pada jam 9.04 malam. Manakala pada jam 11.53, lelaki ini tidak mengangkat panggilan telefon Miera dan lokasi terakhirnya dilihat di jambatan baru klang yang masih dalam pembinaan.

Jumpa telefon dan dompet

Apabila keluarga Afham memeriksa lokasi terakhir, dapat dilihat ia berada di Jambatan Kota berhampiran Majlis Bandaraya Diraja Klang.

Keluarganya telah pergi ke jambatan tersebut untuk mencari Afham dan terdapat dua lelaki membawa tow truck yang kebetulan ada di sana telah membantu keluarga ini untuk mencari Afham di sekitar kawasan jambatan.

Dua lelaki ini telah mencari Afham di sepanjang jambatan termasuk berlari sehingga ke hujung jambatan baru yang masih dalam pembinaan sebelum menemui telefon bimbit dan dompet miliknya yang ditemui dalam keadaan tersusun.

Menurut Efahanie, pemeriksaan yang dilakukan ke atas telefon bimbit adiknya itu tak menunjukkan apa-apa unsur pergaduhan atau ada melakukan pinjaman dengan ah long. Malah aplikasi di telefon juga menunjukkan Afham telah pun menamatkan lariannya di stadium.

Gu5Ajjca4Aa4Yfh

Manakala, dompet milik Afham dilihat tidak mempunyai wang tunai mahu pun kad bank di dalamnya. Tapi barangan lain seperti kad pengenalan masih ada tersimpan.

Keluarga ini kemudiannya meneruskan pencarian serta turut membuat laporan polis.

Pencarian Nidza Afham

Pencarian penyanyi ini telah diteruskan oleh keluarganya di sekitar lokasi terakhir yang diketahui iaitu di Jambatan Kota.

Selain itu, keluarga Afham juga turut mendapat petunjuk dari rakaman litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar jambatan tersebut.

Menurut abang ipar, Effie Amron, kelibat Afham telah dirakam oleh CCTV di premis berhampiran pada jam 9.03 malam.

Dia dilihat berjalan melalui kawasan berhampiran Masjid India Muslim Tengku Kelana Klang memakai jersi bernombor 56 iaitu hampir dengan kawasan tempat telefon bimbit dan dompetnya ditemui.

Tak cukup dengan itu, pencarian turut dilakukan oleh pihak berkuasa dan bapa Afham sempat melaungkan azan di jambatan tersebut sebagai salah satu ikhtiar untuk mencarinya.

Penemuan mayat

Semalam, 14 Ogos 2024 satu mayat seorang lelaki dewasa telah ditemui di sekitar Jambatan Sungai Klang oleh seorang pemancing.

Penemuan ini kemudiannya disahkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Ahmad Mukhlis Mukhtar yang mengatakan mayat yang ditemui telah memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.

Tak lama selepas itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan bahawa mayat lelaki yang ditemui di Sungai Klang tersebut merupakan Nidza Afham Mokhtar.

Ya, tadi dalam jam 7 lebih petang ada orang memancing kawasan itu jumpa mayat. Pemeriksaan lanjut kita percaya itu adalah mayat Nidza yang dilaporkan hilang semalam.

“Masa jumpa itu lebih kurang 1 kilometer daripada jambatan yang ditemui telefon bimbit dan dompet.”

Ketika ditemubual oleh wartawan, adik mangsa, Aufahanie Mokhtar mengatakan bahawa teman wanita Afham, Miera merupakan orang terakhir yang menerima mesej dan merupakan individu pertama mengetahui tentang kehilangan abangnya itu.

Jenazah Allahyarham Afham kini sedang menjalani prosedur bedah siasat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam selepas solat Asar hari ini.

Menurt Aufa, kad debit milik abangnya yang pada awalnya disangka hilang telah ditemui di rumah dan tiga ahli keluarganya iaitu bapa, adik dan abang ipar telah dipanggil oleh pihak polis untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

Sekarang soal siasat sedang dilakukan sama ada kejadian ada unsur jenayah atau pun sebaliknya. Ayah, adik dan abang ipar dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan.”

Selain itu, melalui Instagram Story, Aufa meminta agar netizen tidak menyebarkan gambar penemuan mayat abangnya itu yang telah tular di media sosial bagi menghormati perasaan dia dan keluarganya.

Screenshot 2024 08 15 103015

Perkembangan lanjut menyusul.

Moga Allahyarham Afham ditempatkan dikalangan orang beriman dan keluarganya tabah menghadapi ujian ini.

Sumber: X, Buletin TV3, mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.