Penyanyi dan pelakon, Mark Adam dihujani kritikan orang ramai gara-gara dikatakan menjual set sate pada harga yang tidak masuk akal di sebuah festival makanan, baru-baru ini.
Terdahulu, video yang dimuat naik oleh seorang influencer makanan menunjukkan Mark Adam menyatakan bahawa setiap set ‘Satay Bhalut’ yang dijual ada 3 cucuk beserta segelas minuman yang berharga RM19.90 sehingga RM24.90.
Namun, ramai netizen menganggap harga tersebut ‘cekik darah’ dan tidak sepatutnya meletakkan harga sebegitu kerana rata-rata golongan yang hadir ke festival makanan adalah daripada golongan B40.
Artikel berkaitan: “Lagi mahal dari mall” – Netizen Bengang Peniaga Cas Mahal Harga Makanan Di ‘Food Festival’
Mark Adam jual satu set satay kambing macamni RM24.90. Boleh tahan juga harganya.
Ni kalau bawak RM100 pergi food fest, mungkin boleh bawak 1-2 plastik makanan je 🤔 pic.twitter.com/L5t0tTzvIJ
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) January 1, 2025
Mark Adam perjelas kos set sate
Justeru, Mark Adam tampil menjelaskan dan berkongsi kos melibatkan perniagannya yang menjadikan harga satu set sate yang dijual sebanyak itu.
Selain itu, dia turut menyatakan sudah kebal dengan kritikan namun pekerjanya hilang semangat disebabkan komen negatif para netizen.
Jelasnya, daging sate yang dijual merupakan daging premium yang diambil daripada kilang terkemuka yang mana ia juga turut digunakan di restoran, hotel dan seorang chef selebriti terkenal.
“Jom kira modal. Sate yang saya jual ini, satu cucuk adalah 30 gram sebelum dibalut dengan popiah. Bukan macam sate biasa seperti dijual di luar sana. Modal untuk setiap cucuk sate saya adalah RM2.50, jadi RM7.50 untuk 3 cucuk.
“Air kita menggunakan cawan yang besar dan kuat, ada dua air dicampur termasuk dengan limau, harga modal kita letak RM3, tiada masalah. Jadi setakat ini, modal adalah RM10.50,” katanya yang turut menjelaskan mengenai kos logistik.
@officialmarkadam Kalau saya silap boleh ajar saya, saya nak belajar, saya belum pandai sangat lagi dalam bidang ni tapi saya nak belajar, teruskan semangat team #SatayBhalut
Dalam pada itu, Mark Adam mengakui kejadian ini membuatkan dia merasai kesukaran sebagai seorang peniaga namun menegaskan dia berniaga untuk menjaga kualiti.
Sumber: TikTok