Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M yang berlangsung pada Ahad lalu telah mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai di media sosial.
Rata-rata netizen mempersoalkan persembahan gimik yang dibawa terutama kaitannya dengan watak robot filem sains fiksyen Transformers.
Menerusi perkongsian video persembahan yang dimuat naik semula di media sosial, memaparkan kemunculan dua robot transformers dan beberapa penari latar.
Artikel berkaitan: “Dah macam Transformers pulak”- 3 Kenderaan Berat Jengkaut ‘Bergaduh’ Di Ladang Kelapa Sawit
Artikel berkaitan: Harumkan Nama Malaysia, Anak Buah Siti Nurhaliza Bawa Pulang Pingat Emas Dalam Pertandingan Nyanyian Antarabangsa WCOPA
Betul ke Sambutan Maal Hijrah tahun ini ada show mcm ni?
Apa signifikan dengan kehadiran robot-robot Transformer ni dlm sambutan Maal Hijrah ye?
Jika benar, ini mmg luarbiasa. Luar tabi’e! pic.twitter.com/sLKeJvyPLG
— A.Azarul (@ahmadazarul_) July 7, 2024
@nurfalestina Sambutan Maal Hijrah 1446H#malaysiakini #1446hijriah #fypdongggggggg mcm pelik tahun ni
Susulan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook menjelaskan persembahan khas tersebut memberi penekanan mengenai Tafsir Ilmi Kejadian Langit & Bumi.
Katanya, ia membawa maksud tafsir yang membincangkan tentang perkara-perkara saintifik dan ilmiah di dalam metafora ayat-ayat al-Quran.
“Al-Quran mendorong umat Islam untuk banyak mengkaji dan hal ini banyak berkait dengan penerokaan ilmu terutama dalam bidang sains tambahan pula kita berada di zaman revolusi 4.0 @ IR4.0, dengan ledakan automasi, digital dan fizikal siber kini menguasai manusia.
“Sains telah banyak memberikan sumbangan bermakna kepada peradaban manusia. Sudah tentu umat Islam merupakan peledak kepada ilmu sains moden yang berkembang hingga ke hari ini,” ujarnya.
Mengenai penari latar pula, Jakim menyatakan pergerakan tari yang dipersembahkan pula mengambil pengaruh daripada seni mempertahankan diri seperti silat.
Apa pendapat korang mengenai persembahan Maal Hijrah kali ni?