in

“Ramai niaga tak berlesen” – Jalan TAR, KL Kecoh Ketika DBKL Buat Serbuan

Untitled design 2024 03 29T135815.949

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim perayaan ini, ramai yang berebut untuk berniaga terutama barangan seperti kuih raya, pakaian raya serta barangan dekorasi hari raya.

Di Lembah Klang, tempat seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR), Kuala Lumpur menjadi tumpuan bagi mereka yang ingin membeli-belah untuk Hari Raya Aidilfitri yang bakal berlangsung tidak lama lagi.


Artikel berkenaan: “Macam tu je dia angkat” – DBKL Sita Kenderaan Di Parking, Cara Angkat Food Truck Ini Buat Netizen Terkejut

Artikel berkenaan: Cari Baju Warna ‘Hot’ Tema Raya Tahun Ni, Lelaki Terkejut Peniaga ‘Markup’ Harga Hingga RM350

Pun begitu, terdapat individu yang tidak bertanggungjawab dan berniaga secara tidak sah, ianya bukan sahaja melanggar undang-undang malah secara tidak langsung mengganggu mereka yang sudah mendapat lesen untuk berniaga.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok perkongsian @nuqmxn_0 memaparkan keadaan di Jalan TAR yang sangat kecoh kerana adanya serbuan daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dalam video tersebut, dapat dilihat pihak berkuasa tempatan itu menarik serta mengangkut barang-barang yang difahamkan kepunyaan peniaga tanpa lesen.

“Laju DBKL!”

Meskipun suasana dalam video tersebut agak genting dan kecoh, namun di ruangan komen video tersebut, ramai yang memuji tindakan pantas oleh DBKL.

cats 35

Semoga peniaga di luar sana sentiasa tekun berniaga!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.