Konsert Gegar Vaganza musim ke 9 baru sahaja berlangsung pada hari Ahad lepas, seperti yang kita sedia maklum, program yang mempertandingkan ramai barisan penyanyi hebat kali ini bakal menghimpunkan penyanyi lama dan penyanyi yang tengah aktif sekarang.
Pendek kata, ini adalah peluang untuk penggiat seni untuk kembali menyerlah dan buat comeback, tapi tak sangka bukan peserta je, rupa-rupanya penonton pun ada buat comeback ya!
Ziana Zain 2, ingat?
Kalau korang ingat, pernah dulu viral seorang lelaki, Nik Aidi Azhar atau lebih mesra dengan gelaran Ziana Zain 2 pernah menjadi perhatian netizen, dirinya yang merupakan peminat setia Ziana Zain, dimana ada Ziana Zain mesti ada dirinya di tempat penonton.
Malah kalau ada program hiburan, mesti dia akan buat ‘persembahan’ di bahagian penonton, salah satunya Gegar Vaganza sendiri, jika diimbas semula masa Gegar Vaganza musim-musim awal dulu Ziana Zain 2 ini pernah manjadi perhatian penonton.
Nak dipendekkan cerita, beberapa tahun lalu, dia kembali menjadi perhatian netizen apabila dia dikhabarkan sudah ‘berhijrah’ dimana penampilan lelaki seperti wanita ini kelihatan seperti orang warak.
Namun begitu, dilihat baru-baru ini dalam konsert GV yang terbaru ini, Ziana Zain 2 dilihat buat comeback dengan membuat persembahan sepertimana yang dilakukan sebelum ini.
https://www.tiktok.com/@miera_kiki/video/7144942739275189530?_r=1&_t=8VogUpp8lTm&is_from_webapp=v1&item_id=7144942739275189530
Jika diperhatikan dia melakukan persembahan lip sync itu ketika persembahan daripada Haida yang sedang menyanyikan lagu Hajat.
Dalam masa sehari video tersebut telah meraih sekitar 496K jumlah tontonan dan rata-rata penonton dalam video bahkan netizen yang menyaksikannya sangat terhibur dan berfikiran terbuka bahawa dirinya masih berubah dan hanya mahu berhibur sahaja.
Betul mungkin dia nak fun je kot, apapun rindu tengok Ziana Zain 2 ni beraksi, siap bawa mikrofon yaa.