Hingga hari ini, isteri kedua kepada pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar terus menjadi topik perbincangan netizen. Jika dilihat di laman sosial Twitter, namanya dan suaminya masih lagi trending.
Hasil tinjauan mendapati kedua pasangan terbabit terus menerus dihentam netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan tindakan mereka berkahwin. Malah, ramai juga yang geram mengenangkan nasib isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah yang sebelum ini bermati-matian cuba mempertahankan rumah tangga mereka.
Pun begitu, ada juga beberapa komen daripada netizen yang berbaur ‘simpati’ terhadap nasib yang diterima Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi.
Menurut seorang netizen, jika hendak dibandingkan pernikahan Syamsul dan Ira kini memang berbeza seperti langit dan bumi dengan perkahwinan Syamsul bersama Puteri Sarah.
“Dahlah pertama kali kahwin, majlis rasmi takde, nikah pun kat Siam, keluarga mentua pun tak sokong…”
Tidak cukup dengan itu, ramai juga yang menyatakan rasa ‘kasihan’ mereka melihat pakaian yang dikenakan Ira Kazar dan Syamsul Yusof pada hari pernikahan mereka.
Dalam pada itu, satu screenshot yang dipercayai ditulis oleh ibu kepada Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail mengenai perkahwinan kedua anaknya itu turut viral di internet.
Menerusi screenshot yang tular itu, Datin Patimah Ismail menyatakan rasa terkilannya dengan tindakan bapa isteri kedua Syamsul, Kazar yang membenarkan anaknya berkahwin dengan Syamsul.
“Kami keluarga Shamsul tidak akan memaafkan Kazar yang membantu anaknya berkahwin dengan Shamsul dan telah merosakkan rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan anak-anak mereka,” tulisnya.
Bagaimanapun, screenshot sama turut memaparkan Datin Patimah Ismail menulis dia sekeluarga menerima takdir yang telah menimpa anaknya itu.
Sebelum ini, pengarah filem, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu mengejutkan ramai pada Jumaat lalu selepas membuat pengakuan bahawa dirinya sudah bernikah dengan Ira Kazar berwalikan bapa Ira sendiri, Kazar di Siam.
Sumber: Hmetro
Baca: [TERKINI] Syamsul Yusof Buat Pengakuan Sudah Bernikah Dengan Ira Kazar