in

Ramai Jejaka Pakistan Pilih Nikah Wanita Kelantan, Lelaki Pula Pilih Wanita Thailand – JIM

wanita kelantan jadi rebutan jejaka pakistan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wanita Kelantan dilihat menjadi rebutan jejaka dari Pakistan, manakala golongan lelaki pula memilih wanita dari Thailand untuk dijadikan pasangan hidup.

Laporan itu didedahkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan, berdasarkan permohonan pas pasangan yang sentiasa meningkat setiap tahun melibatkan dua negara terbabit.


Menurut Pengarah JIM Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan, peningkatan tersebut berlaku setiap tahun, terutama perkahwinan melibatkan pasangan Malaysia-Thailand di antara lelaki tempatan dan wanita di negara jiran.

Artikel berkaitan: “60% datang untuk berpoligami” – Hampir 300 Pasangan Malaysia Nikah Di Siam Sepanjang 2024

“Ia (permohonan) berlaku setiap hari dan meningkat setiap tahun. Tahun 2022 seramai 175 lelaki tempatan menikahi wanita Thailand, 2023 (341) dan tahun lepas 308 orang.

“Ada juga wanita dari negara ini mengahwini lelaki dari Thailand namun angkanya tidak tinggi hanya sekitar 31 orang pada tahun 2022, 2023 (57) dan 2024 (78),” katanya.

hiasan kahwin 1674199046

Manakala, perkahwinan melibatkan wanita Malaysia dan lelaki Pakistan pula merekodkan seramai 31 orang tahun 2022, 2023 (27) dan 2024 (34).

Ada juga lelaki tempatan menikahi wanita Pakistan namun angkanya tidak ramai hanya sekitar 10 orang

“Berdasarkan statistik itu, secara kasarnya kita dapat lihat jumlah warganegara tempatan berkahwin dengan warga asing di Kelantan dilihat semakin meningkat.”

Kata Mohamed Yusoff Khan, kemungkinan mereka yang mahu berkahwin dengan warga asing ini dikenalkan oleh kenalan, saudara-mara atau di tempat kerja selain di media sosial.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.