Perceraian adalah satu isu yang semakin kerap berlaku di Malaysia. Keadaan ini memberikan impak kepada individu, keluarga, dan masyarakat secara keseluruhannya.
Antara faktor yang menjadi punca perceraian di Malaysia termasuklah masalah kewangan, kekurangan komunikasi, dan berlaku curang terhadap pasangan.
Wanita minta cerai sebab suami miskin
Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Ariff Peter, sepasang suami isteri ini bergaduh mulut kerana tidak menemui jalan penyelesaian untuk memulihkan rumah tangga mereka.
Artikel berkaitan: “Lebih baik balik agama I” – Wanita Mualaf Ditinggal Suami, Hidup Susah Hingga Terpaksa Minta Bantuan Gereja
Artikel berkaitan: “Minta cerai sahaja, tertutup pintu syurga” – Ustaz Azhar Idrus Dedah Hukum Isteri Minta Cerai
Dalam video berdurasi 31 saat itu, si isteri berkali-kali menengking suami untuk menceraikannya kerana dia sudah tidak mahu lagi meneruskan hubungan.
Bagaimanapun, si suami cuba menenangkannya dan mahu isterinya memahami beban dan tanggungjawab yang dihadapinya.
Difahamkan, si isteri nekad untuk bercerai kerana tidak tahan dengan masalah kewangan yang dihadapi dalam rumah tangganya.
“Kaum lelaki dilarang miskin? Dunia ini kejam dengan lelaki miskin.
“Ramai isteri akhir zaman hilang hormat dengan suami kerana miskin,” tulis kapsyen dalam video.
@bossariffpeter
Perkongsian video itu telah mencetuskan pelbagai reaksi pengguna media sosial. Rata-ratanya memberi pendapat mengenai tingkah laku wanita itu dan isu yang dihadapi pasangan tersebut.
Dalam hukum Islam, seorang wanita dilarang untuk meminta cerai atau melakukan ugutan cerai kecuali jika memiliki sebab yang sah dari sudut syarak, kuat lagi munasabah.
Namun, hendaklah diingat bahawa ini adalah jalan keluar yang terakhir, bukan solusi awal.